Ketahui cara terbaik menjaga kesihatan vagina.

December 13, 2010
Topik kesihatan pilihan minggu ni: 

"MASALAH KEPUTIHAN DAN GATAL DI TEMPAT SULIT"
Wanita-wanita..sila beri perhatian.

Aku tau topik ni agak memalukan & ramai yang mengelak daripada sentuh bab ni. Kesannye, ramai juga lah yang tak tau nk pelihara diri daripada penyakit. Dan ramai juga lah yang mendapatkan rawatan hanya setelah keadaan menjadi parah atau dah terlambatLelaki-lelaki..jangan ketawa! *Angpa kawen pon nati ngan ppuan gak an* Kalo angpa rasa tak bermanfaat..pi main jauh-jauh nuh!

Bermula dengan memperkenalkan cecair atau discharge oleh vagina atau 'cik V'. Cecair pada vagina adalah normal. Jangan korang benci dan rimas dengan kehadiran cairan tersebut sebab kehadiran 'dia' adalah untuk membantu korang tau.

Selain melincir, ia jugak penting kerana sifatnya yang berasid yang boleh membunuh kuman. So takde lah 'cik V' korang tu kene infection. Tapi, sekiranya cairan tu berlebihan, berubah warna dan berbau..tu tandanya korang dah pon terkena jangkitan. Dan GATAL-GATAL tu merupakan simptom yang dialami sekiranya berlaku jangkitan..

Tips penjagaan 
Underware sebolehnye jangan basuh ngan detergen. Sebaliknya basuh je dengan sabun mandi.Lebih lembut dan tak tinggalkan baki sabun. Seluar 'kecik' tu basuh ngan tangan! Takkan nak main campak dlm washing machine gak. 

Tak elok campur seluar kecik dalam mesin sekali dengan baju-baju lain. Korang tau kan konsep washing machine? Najis kat seluar 'kecik' angpa tu sudah tentu akan jangkit kat baju lain?? Pastu pakai baju tu bawak gi solat..Adoohh! Takbleh blah!

Yang kedua.. Kena rajin mandi. Kat luar kemain lagi berjangak sakan tapi rupenye tak mandi hakhak.. Cuci dengan sabun khas. dengan  pH ideal, dan tak mengandungi sabun. Lagi elok kalo korang cari pembersih yang berasaskan herba tradisional Melayu macam sireh ke, manjakani ke.. Kan herba-herba ni dah pun terbukti keberkesanannya oleh nenek moyang kita?

Seterusnye..salin seluar kecik sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kejap..kejap!! Itu sekurang-kurang nye tau...Kalo sebaik-baiknye pulak..adalah 5 kali.. Perasan tak apa signifikan nye salin 5 kali?? Solat kan 5 kali.. *bertemu kekasih mesti bersih-bersih lor* (^^,) 

Kita manelah dapat jamin yang seluar kecik tu suci. Jadi, sebaik-baiknye..tukar lah. Penat je tongang tonggek solat..padahal usung najis sekali.


Itu dari segi kesucian..cuba tengok dari segi kesihatan pulak.
Macam yang aku cakap awal tadi, sifat semulajadi cik V kita ni adalah produce cairan pelincir setiap masa. Ini membuatkan seluar kecik menjadi lembap. 

Keadaan gelap dan lembap dekat seluar kecik kita akan menjadi tapak yang subur untuk pembiakan fungus dan bakteria. Bakteria dan kulat yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan salur kencing jugak. Jaga-jaga, sakit takleh kencing ni jangan dipandang enteng. Kalo sampai bakteria naik ke buah pinggang, teruklah. Nauzubillah.

Rawatan
Kalau dah terkena jangkitan biasanya doktor akan beri rawatan dengan antibiotik. Jangan malu untuk berjumpa doktor, takot-takot kalau jangkitan tu disebabkan oleh bakteria yang kuat. 

Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan bakteria spread dalam darah dan merebak ke organ yang lain yang penting seperti ginjal.. Juga sesetengah kes boleh membawa pada jangkitan kuman pada janin, bagi yang hamil.


Sebaiknya, pergi buat pemeriksaan di klinik swasta, sebab lebih privacy berbanding Klinik Kesihatan Awam. Tapi sekiranya korang mengalami dua daripada tiga simptom di bawah..mintak la doktor rujuk ke General Hospital untuk bertemu pakar O&G oke.


- discharge berlebihan
- warna kekuning-kuningan atau kehijauan (atau mungkin bercampur darah)
- berbau dan gatal.

Bertindak segera sebelum terlambat.

7 comments:

  1. info yang bagus dan kena ambik tau gak ni walaupun aku jantan...tapi malangnya aku taktau nak komen apa...ko fahamla sebab apa syuQ~~~

    Gorengbaek - Seksyen baru untuk Meon...Kenapa masalah sosial makin banyak??

    Hangit habis dah - Amenda??!!tak pernah tengok orang hangin ke??

    ReplyDelete
  2. nak komen apa ye.. heheh

    ReplyDelete
  3. awat yg duk komen ni sume lelaki? meh cni. bior teman pulak yg komen meh. haha..

    bagus kak entry nih. terutama pd pompuan2 yg malas nak amek kisah pd bende remeh temeh. [remeh ke?pd sy tak!]

    sabun sebamed tu mmg ok, sy rasa la. cz haritu adik sy [I mean adik kndung tau.huhu] dpt dr hospital, sbun tu la. mknanya ok la tu...huhu

    sbun apa pun,tak kisah sbnrnya. asalkan seswai ngan keadaan cik V tuh..:)

    jd, kene la pandai2 jg. takkan nak suh org lain tlg jaga pulak..huhu~

    ReplyDelete
  4. along~
    hee..xyah ckp pape..absorb je ;p

    syafiq~
    its gud 2 share smthg dat we know

    azman~
    ;P

    nadiah~
    hee..btl2.. tp seeloknye pkai sabun khas spya kulit kt area tu x kering (^^,)

    p/s: xdpt nk BW skrg ni..updet blog pon of9 je,then ble tenet ok br la paste kt blog..huhu sedey kn..
    nti kalo tenet da oke,syuQ akn bls kunjungan suma

    ReplyDelete
  5. Anonymous04:12

    Gunakan pad drpd kapas 100%.. pantyliner yang sihat... hubungi saya utk dptkn stok.. sudah terbukti keberkesanannya.. sayangilah wanita2 sekeliling anda.. hindar mereka dr menggunakan TUALA WANITA yang diperbuat drpd BAHAN BUANGAN DAN KITAR SEMULA yang terdapat di pasaran.. 0194971766

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.