Kenali perempuan part II

March 08, 2011
Seperti yang dijanjikan, Kenali Perempuan Part 2 kini menyusul. Dan kali ni pemerhatian personaliti dari aspek cara duduk pulak.

Kaki bersilang: 
Sukakan pada kecantikan dan kebendaan. Suka memandang rendah terhadap orang lain kerana merasakan dirinya lah yang terbaik. Mudah mempamerkan rasa belas kasihan terhadap orang lain.

Sila panggung: 
Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dalam berpakaian, ia mementingkan keselesaan berbanding jenama. Berbicara agak selamba hingga terkadang dia lupa untuk menjaga hati orang sekeliling.

Mengampu kaki di alang bawah meja/bangku: 
Tidak pandai bergaya. Bersifat introvert dan kurang keyakinan diri. Kurang bercakap namun  apabila dirangsang, dia mudah teruja dan tak semena-mena berubah menjadi seorang yang ramah. Mudah didekati namun sukar dimiliki;- jinak-jinak merpati.

Kedua-dua tangan di atas meja: 
Berpenampilan sederhana. Mudah merasa jemu dengan sesuatu. Suka dengan kejutan dan pujian. Tidak ramai kenalan kerana kata-katanya yang tidak boleh dipegang. Dia sentiasa berusaha untuk memajukan diri;- tidak suka berada di takuk lama.

Kedua-dua tangan di bawah meja: 
Rendah hati dan pemaaf. Sangat pendiam dan sukar untuk didekati (Jika tidak kena pada gayanya.) Bijak dalam pelajaran. Berhati tabah dan tidak mudah patah dengan serangan lidah seperti fitnah dan tohmahan.

Menghenjut-henjutkan kaki: 
Merupakan seorang yang mudah jinak dengan lelaki (-ve side). Hipokrit dan cenderung untuk meniru gaya/perwatakan orang. Namun sifatnya yang sebenar akan tertonjol dengan sedirinya apabila kamu sudah benar-benar rapat. Dalam aspek kewangan, tangannya mudah memberi dan tidak berkira.

10 comments:

  1. oo.. mekaseh2.. hahaha

    ReplyDelete
  2. hang yang macam mana? heheh..

    ReplyDelete
  3. @Azman Roslan

    hakhak...ntah le.. kne test lu br tau

    ReplyDelete
  4. Gambaran cara duduk ni tak semesti tepat. Ia lebih pada persepsi @ andaian. Jika persepsi a.k.a andaian yang kerapkali digunakan boleh membahayakan kesihatan dalam hidup.
    jeng..jeng..jeng..

    ReplyDelete
  5. semua selalu buat. macam mana nie?? hahaha

    ReplyDelete
  6. @Along Tapa

    hakhak..bukan rahsia pon long

    ReplyDelete
  7. @azlanlin

    tol2..macam bese la..mende macam ni ade betul, ade x.. kadang2..boleh jadi gak mende ni kenaa je ngn seseorg... tapi x semua la

    ReplyDelete
  8. @cik @iEn

    hakhak..ha.. ayok..taktau..

    ReplyDelete
  9. bleh pakai jgak tips tu skit2... :P

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.