Diana Amir bertudung.

September 24, 2011

Assalamualaikum..


Mengejut! Perubahan secara mengejut~ yela tak pernah terfikir yang die akan berubah secepat (dlm usia semuda) ini.

Pelakon Diana Amir yang mula ditampilkan dalam drama bersiri Sunsilk Impian suatu ketika dulu dan juga baru-baru ini telah membintangi beberapa filem termasuklah filem 3.2.1 Cinta, kini telah melangkah dan behijrah ke arah hidup yang lebih sempurna.

*Humm it’s sounds funny when I talk about agama..is it? Ya la..ya la.. wa mukan utazah..and wa mukan seolang yang layak untok cakap ini munya topik..espesiali soal aurat.. Banyak lagi yang wa kurang…
Huh tapi..wa talak peduli, wa mau cirita jugaa oorr...*

Bermula dengan mendapat mimpi tentang hari kiamat berulang-ulang kali, membuatkan Diana tidak henti memikirkan soal kematian. Selepas mendapat mimpi tu beliau nekad untuk bertudung walaupun mengakui yang dirinya masih cetek ilmu agama.

Cerita Diana:
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

See…kalo Allah nak bagi hidayah dan suluh hati seseorang tu, sekelip mata je jadi. Makanya…kita jangan mudah lupa diri,dan bermegah diri dengan tahap pencapaian  ilmu agama kita. Walapon kita bertudung sejak mula, jangan perasan yang iman kita lebih besar. Jangan kerana kita bersolat, mengaji Quran dan menutup aurat sejak kecik, kita anggap darjat kita lebih tinggi dari orang-orang yang melakukan maksiat (seksi, minum arak, sosial) Sebab orang-orang ni, bila mereka mendapat hidayah (dan bertaubat), boleh jadi darjatnya lebih tinggi dari kita yang dari kecil terdidik dengan ilmu agama yang cukup. Sama-sama kita muhasabah.



SyuQ: Harapnye artis yang dah bertudung ni bijak memilih watak yang sesuai dalam lakonan. (quit terus lg bagos) Jangan jadi seperti segelintir artis, yang pada awal kemunculan dalam dunia seni, dia bertudung,penuh tertib. Tapi ape yg berlaku, die makin hanyut dan lebih teruk lagi bila gambar-gambar dia free hair tersebar seluruh tenet dengan meluas. *huummm…duniee…* well tak bek dedah keburukan orang. Korang tau2 sendiri je la.

4 comments:

  1. Diana mmg betambah comel mcm nie...smoga terus kekal dgn penampilan begini..

    ReplyDelete
  2. huhu.. yg belokon tombay tu ke nie?? dah bertudung da?? bgos2.. :D

    ReplyDelete
  3. @Terbang Bersamaku

    amin..gitu lah hendak nye. moga jadi contoh tuk artis len.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.