Ciri lelaki pilihan wanita

December 06, 2011
isteri cantik cun

Lelaki selalunya, senarai yang disediakan dalam mencari kekasih tak begitu rumit. Biasanya lelaki mengutamakan penilaian awal bila melihat gadis pujaan. Kalau perempuan pulak...cuba le tanya. Komfem list nye berjela-jela.

Penyayang, bertanggungjawab, memahami, romantik, ada sense of humor, setia, berkerjaya, ohh....banyak lagi sebenarnya. Tapi kalo diringkaskan, perempuan memang mengutamakan ciri-ciri dari sudut personaliti, material dan romantisme; dimana ciri-ciri ni dianggap remeh oleh kaum lelaki.

Perempuan secara amnya tak begitu cerewet bab paras rupa.. Ada juga yang memilih rupa fizikal, tapi tak ramai. Pokoknya ciri fizikal lelaki bukanlah satu faktor utama dalam pemilihan calon kekasih seperti lelaki, tapi kalo dapat kekasih yang ada rupa, tu dikira bonus!

Dari pengalaman aku, dan melalui survey yang aku jalankan ke atas kawan-kawan perempuan kat kolej, kebanyakannya mempunyai pendapat yang sama, seolah-olah berpakat. Bila ditanya tentang ciri fizikal paling utama untuk pilih kekasih, jawapan nya

        1- Mulut
        2- Tinggi

Oke la, bukan semua jawab mulut. Ada yang jawab gigi, ada jugak jawab bibir yang seksi, cantik, menggoda dan macam-macam lah. Tapi aku groupkan semua jawapan tu kepada satu jawapan, iaitu mulut. Jawapan kedua ttg ketinggian. Perempuan memang suka lelaki tinggi, paling tidak pon, sama tinggi la.

Aku taknak sentuh bab ketinggian, sebaliknya aku tertarik untuk cakap pasal mulut. Aku baca majalah, Anuar Zain mengatakan bahawa bibirnya merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling dia suka. Bibir yang sihat milik lelaki tentunya mampu memcairkan jiwa perempuan yang memandang. Bayangkan kalo dah bibir hitam lebam gigi kuning karat dek rokok, bau nye.....takyah cerita. Macam mana hati perempuan nak terpaut.

Bagi orang lelaki, ungkapan 'bibir awak cantik' tu salunye disampaikan dalam bentuk penuh sensual seperti 'merah menyala', 'merekah bak delima', 'seksi', dan 'gebu berkilat'. Tapi bagi perempuan tak!. Bila perempuan mentafsirkan bibir atau mulut lelaki, perkataan seperti penyayang,sensitif, pembersih, pelindung atau tenang biasanya diungkapkan. 

Begitulah perbezaan lelaki dan perempuan dari sudut persepsi. Boleh dirumuskan di sini bahawa, lelaki simple manakala perempuan complicated...bukan dalam memilih pasangan je, malah dalam serba serbi pon complicated.

4 comments:

  1. saya suka tengok hidung dia ^_^

    ReplyDelete
  2. ye ke? sye tinggi gak n mlut sye pon bole thanw tp xde pon prempuan mnat kt sye..haha :P

    ReplyDelete
  3. @rodonz's crews

    ade tu.. cuma minat dlm diam2 je..
    bese la ppuan kn malu2 ^_^

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.