penawar sakit belakang-biobax

Kahwin itu syok tapi bukan senang, ia datang bersama pakej tanggungjawab!

5:23 PM
Kahwin itu syok tapi bukan senang, ia datang bersama pakej tanggungjawab!Entri kali ni khas buat muda mudi yang sedang hebat dilanda perasaan ingin dibelai, disayangi serta menyayangi. Pastinya korang penah berangan tentang kawen barang sekali dua. Tipula kalo tak penah. Syiok la kan, kawen dapat pegang-pegang, pelop-pelop, takde sape nak marah, bahkan dapat pahala lagi bermesra-mesra sesama suami isteri. Kalo ikutkan, esok jugak aku nak kawen.

Tapi perihal kawen ni bukan perkara senang.. Tak sama dengan main pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Ko jadi ayah, aku jadi mak, dan teddy bear jadi anak. Siap dibedung kemas-kemas lagi teddy bear tu. Senang lah. Anak ko tak minum susu, jadi tak payah la nak susah-susah basuh berak dan mandikan bagai. Duit tak keluar sesen pon. Alam rumahtangga yang sebenar-benarnya camtu ke?

Kahwin itu syok tapi bukan senang, ia datang bersama pakej tanggungjawab!

Kahwin itu syok tapi bukan senang, ia datang bersama pakej tanggungjawab!

Mestilah tak. Lepas kawen tanggungjawab akan berlipat ganda. Kena jaga keperluan suami, masak kena rajin, mengemas rumah pon kena rajin. Sebagai isteri kena kreatif memikirkan cara untuk mem please kan Encik Asben. Supaya En Asben syiok bila berada di rumah dan tak sabar-sabar nak balik rumah bila berada di luar. Tapi papehal pon Ma Abah dah cukup please ke dengan ko? Sebelum nak please kan suami, kena la belajar please kan kedua orang tua dulu. Menjaga hati orang tua pon gagal, ada hati nak berumahtangga!

Jadi sebelum terbang tinggi berangan sampai ke awangan, refleksi lah diri dulu.. Jangan angan tinggi-tinggi sampai mencecah sawang yang berjuntaian atas siling bilik tu. Karang silap-silap bedebuk jatuh atas timbunan pakaian kotor yang ntah berapa lama di peram. Siapa sangka, ko kat luar kemain lagi mengebat, bibir merah pakaian ala artis..sapekan tau bilik ko sebenarnya tempat kucing beranak! So sebagai teladan, tak payah la nak artis sangat kalo skill pengurusan rumah tangga ko zero. Kalo dapat laki kaya untunglaa, boleh amik orang gaji. Kalo tak?

Akhir sekali, jangan lupa timba ilmu agama dari sekarang. Jangan sampai nak kursus kawen nanti baru sibuk nak mengaji. Ringan-ringankanlah kaki ikot mak pegi dengar kuliah kat surau kampung. Takkan nak tunggu umur sebaya dengan mak baru nak pegi. Belajarlah..Sebab ilmu agama tu sebenarnya mengajar kita tentang kehidpan dan cara nak menjalani hidup. Dengan bekalan yang cukup, barulah pelayaran kita di alam perkahwinan nanti tenang dan lancar. Jom pi kuliah!


Annur: Aku rajin dengar kuliah. Bukan kat sejid bukan kat surau tapi kat YouTube. Aku nak kawen! Korang nak??

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.