Perempuan cenderung untuk over excpected terhadap pasangan.

December 02, 2011


Jika kamu menadah air, berpada-padalah. Jangan kamu menganggap ianya teguh lantas kamu mengisi tadahanmu terlalu tinggi sehingga melimpah-ruah. Sesungguhnya, terlebih harap akan keupayaan bekas takungan tersebut hanya akan memburukkan keadaan. Cukuplah sekadar keperluanmu.

Sekali ia retak, amat sukar bagimu untuk menampalnya, dek kerana gasakan keras dari limpahan air takungan tersebut. Sedangkan, jika takungan tersebut memadai sekadar keperluanmu, kamu bisa memperbaikinya dan mungkin ia masih dapat digunakan lagi di hari-hari yang mendatang.
Puisi ini berpesan kepada kita, jika kita memiliki seseorang, terimalah sedanya.  Kenapa mesti kita terlalu mengharapkan kesempurnaannya sedangkan tanpa kita sedar, dalam diri kita turut punyai cacat dan cela. Akan sia-sialah suatu perhubungan sekiranya kita terlampau mengagumi dan menganggapnya amat istimewa. Sebetulnya, pandanglah dirinya hanya sekadar manusia biasa.

Sekiranya kamu memandangnya terlalu tinggi, sekali dia melakukan kesilapan; bukan mudah bagimu untuk menerima dan memaafkannya. Begitulah akhir cerita bagi sebuah perhubungan yang terlebih anggar terhadap pasangannya. Hati mula diraduk kekecewaan, lalu dengan mudah kamu pergi meninggalkannya.

Namu sudah fitrah wanita; gemar menganggkat suami/kekasihnya di pandangan orang lain. Perbuatan yang ramai di antara kita (wanita) sering lakukan tapi jarang sekali kita menyedarinya. Kerana ia berlaku dalam situasi bersahaja dan spontan, hanya terdorong oleh perasaan kasih terhadap suami/kekasih. Tak dapat dinafikan mesti ada di kalangan kamu yang bosan mendengarkan cerita yang sama berulang kali terbit dari bibir rakan kamu menceritakan perihal suami ai sporting, suami ai hemsem, suami ai tak kedekut, suami ai setia,tak layan perempuan dan macam-macam lagi.

Akhirnya, bila berlaku sesuatu yang bertentangan dari apa yang dihebah-hebahkannya sebelum ini, biar betul,suami you ada anak luar nikah? misalnya; mulalah diri termalu sendiri dan jatuh tenggelam ke dalam lubuk kekecewaan.

Isu teruna-dara. Isu yang kian memanaskan telinga-telinga yang mendengarnya. Isu yang seringkali dikaitkan dengan penceraian dan perbalahan rumah tangga. Di saat kamu memutuskan untuk memperisterikan/bersuamikan seseorang, sepatutnya saat itu kamu sudah berserah dan menerima dia seadanya.

Apabila akad sudah dilafazkan, makanya, nothing else matter. Ya aku mengerti, Memang mudah bagi aku mengatakannya, kerana aku tidak berada dalam situasi tersebut. Tapi berbalik pada unggapan puisi di awal tadi, jangan lah kita meletakkan suatu expectation terhadap insan yang kita miliki itu, anggaplah dia hanya manusia biasa yang pernah suatu ketika terhanyut dan lalai; yang kini sudah kembali berpaut pada akar yang kukuh yang akan menahannya dari terus dihanyutkan oleh arus deras.

Katakan kamu adalah akar itu, tega kah kamu bertindak membebaskan diri mu  daripada pautannya lalu membiarkan dia pergi terhanyut oleh arus..tegarkah?

Ya aku mengerti sekiranya jawapannya “Ya”. Betul. Lebih mudah berkata-kata daripada memikulnya sendiri. Tapi jika di tanyakan kepadaku, maka “Aku terimanya sebagai suatu ujian dari Allah” adalah jawapku.

Yang penting usaha kita dalam memelihara dirinya daripada mengulangi kesilapan yang sama dengan menyemai benih-benih iman di dalam hatinya.

Sememangnya sebuah tanggungjawab yang berat terutamanya bagi wanita. Suami mendidik isteri; perkara biasa kerana wanita memang terlahir untuk dipimpin dalam rumahtangga. Tetapi bagi seorang isteri, mendidik suami itu adalah suatu tugas yang sukar namun ia bukanlah mustahil.


Annur berkata: Bila terlampau mengharapkan kesempurnaan dari seseorang, silap yg kecil pon akan diperbesar-besarkan hingga menjejaskan rasa kasih dihati.

2 comments:

  1. memang diakui, perempuan sering menganggap orang yang dia sayang tu(lelaki) terlalu sempurna..sampai terlupa bahawa lelaki itu juga manusia biasa yang akan melakukan kesilapan...kita tak boleh over expected...nanti kesalahan kecil pun akan menyebabkan gaduh besar...

    ReplyDelete
  2. @Ros Anisza

    itulah perempuan by nature :)

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.