Tribunal Tuntutan Pengguna untuk Langkah Perlindungan dari Kes Penipuan Butik Perkahwinan

Tribunal Tuntutan Pengguna untuk Langkah Perlindungan dari Kes Penipuan Butik Perkahwinan

Kalo ikut kebiasaan masyarakat melayu, standard period untuk bertunang adalah setahun. Bagi sesetengah orang, 5 bulan tu dikatakan sangat singkat dan persiapan akan berlaku dalam keadaan kelam kabut. Tapi tidak bagi aku. Sekiranya segala perkara dilakukan mengikut sistem, insyaAllah semuanya akan sempurna. tribunal pengguna aduan,aduan pengguna online,kpdnkk aduan

Oke la tu kan 5 bulan? Lagipun kata orang tua-tua, tak elok bertunang lama-lama. Banyak dugaan dan macam-macam boleh jadi dalam tempoh bertunang tu. 

tribunal tuntutan pengguna


Lindungi diri dari ditipu

Yes, step pertama dalam persiapan perkahwinan adalah lindungi diri kita dulu. Kenapa aku cakap lindungi? Ha, selalu kan dengar kes-kes pengantin terpedaya dan tertipu dengan agensi Pakej Perkahwinan kan. Tapi kebanyakan dari mereka hanya membiarkan hak mereka dicabul atau cuma mengadu pada kawan-kawan sekerja sahaja.

Gunakan kuasa pengguna.

Sebagai pengguna, kita boleh menuntut hak kita melalui TTPM. Tribunal ni merupakan platform untuk pengguna memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat. Pengguna boleh menuntut gantirugi dan pampasan terhadap peniaga dan pembekal yang tidak bertanggungjawab/tidak beretika. kepentingan hak pengguna,laporan pengguna,artikel tentang hak pengguna,

Antara aduan KPDNKK yang popular.

Kes-kes berhubung ketidakpuasan terhadap servis butik pengantin. Sebagai contoh bunga hiasan bilik tidur buruk, pelamin dihias tak mengikut kehendak dan tidak seperti yang dijanjikan, ataupon baju yang ditempah telah ditukar atau diberikan kepada orang lain. 

Selain itu, perkara-perkara yang melibatkan keselamatan barang dan perkhidmatan juga turut terkandung dalam skop tuntutan, seperti berlaku iritasi/alahan pada kulit selepas make-up atau berinai, dan pelamin tak kukuh/menyebabkan kecederaan sebelum atau semasa majlis berlangsung.


Statistik bagi kategori Perkhidmatan.

Pakej Perkahwinan merupakan kes ke-3 tertinggi selepas kes melibatkan Agensi Pelancongan dan Agensi Pekerjaan/Pembanturumah.kpdnkk scammer,senarai harga barang runcit kpdnkk,langkah melindungi hak pengguna


Now trending.
Memang tak dinafikan, freelancer dan part-timer sekarang bercambah macam cendawan lepas hujan. Jangan terpedaya dengan so-called-professional-photographer. Kes ini telah mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh kurang dari setahun.  

Jadi berhati-hatilah, sebab ada diantara mereka tu yang jadi ‘jurufoto-ikut-ikutan’ dan cari peluang nak "pancung kepala" orang. 

So buat bakal-bakal pengantin baru, kalo ada terdetik rasa tertipu dengan produk/perkhidmatan yang indah khabar dari rupa; sama ada sebelum, semasa atau selepas majlis silalah failkan tuntutan di TTPM.


Jadi bagaimana membuat tuntutan?

Prosedurnye mudah. Korang boleh failkan tuntutan hanya dengan mengisi Borang 1 yang boleh didapati di semua cawangan Tribunal atau download je dari portal eTribunal Syaratnya tuntutan mestilah tak melebihi RM250,000.00 dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pertikaian

Jangan biarkan diri kita ditindas dan jangan pula membiarkan mereka terus menindas. Walupon kita  sudah terkena, tapi tindakan bijak kita tu akan menyelamatkan pelanggan-pelanggan seterusnya dari ditipu.

Pesan Syu: Bila kita tak tahu apa-apa, kita tak takut apa-apa. Bila kita dah tahu, kita akan lebih berwaspada.kpdnkk hotline,punca berlakunya penipuan di internet,

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tanpa Nama11:39

    PHOTOGRAPER ZARITH HAMZAH MENIPU ALBUM TAK DAPAT BERBULAN, TUNGGU REFUND DAN GAMBAR SOFTCOPY PUN TAK ADA. MOHON HATI2 DENGAN ZHPICTURES @ FSPHOTOGRAPHY #photographerpenipu #fsphotography #zhpictures

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y