penawar sakit belakang-biobax

#3 Merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran dengan kaedah Re-use and Recycle

12:01 PM
Beberapa minggu selepas pertunangan, aku kemain semangat lagi mengumpulkan barang-barang free-gift yang mana possible untuk digunakan untuk mengisi Fail Kawen aku haha. Memang teruk benor bunyi nye kan, mengalahkan Haji Bakhil ork?

Tapi jangan lupa, aku kan dalam misi merancang Majlis-pembaziran-sifar hehe. Kalo boleh, nak minimum yang menghampiri kosong. Buleh gitu? Hehe.. Oke pertama sekali, perkenalkan fail poket merah aku yang dah bersama aku sejak PMR lagi.
merancang Majlis-pembaziran-sifar
Memandangkan namanye pon Fail Poket, jadi dia memang banyak poket dan compartment dimana aku boleh menyelit kertas di merata-rata tempat sesuka hati aku.
 
Benda 1st yang akan aku selit adalah, ring notebook ni.
merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran
Sengaja aku letakkan dalam keadaan terbuka supaya senang aku nak catat ape-ape lepas ni nanti. Notebook ni ade tertulis SUK Perlis, dah sah-sah le barang free jugak hehe.. Mesti Yanie tersangat kenal dengan buku ni. (^_^)

Oke. Untuk menyimpan resit belian dengan tersusun dan well-organized, aku memilih untuk simpan dalam album.
merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran
Tak payah beriya-riya gi beli album baru kalo semata-mata nak selit resit. Recycle je album yang dapat dari kedai gambar,kan jimat. Kat rumah aku belambak benda ni. Rumah korang ade?

Dan. Aku jugak ade sediakan card holder dan buku planner.
merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran
Yelah, nanti senang nak simpan business card vendor kan. Planner tu pulak, nak dekat setengah buku dah aku tulis. Ermm tapi tak tulis sangat la pon, sebenarnye lebih kepada lukis-lukis dan conteng conteng je haha.

Tu sebabnye aku malas nak tulis pakai buku-buku gini..takkan menjadi! Tangan aku kalo dah jumpa pen ngan kertas, dia jadi hilang kawalan. Menyonteng la dia selagi dakwat tu tak kering.

Secara peribadinya, perancangan untuk majlis, aku buat dalam laptop je. Lebih senang. Tangan aku pon takkan hilang kawalan. Jadi terpulang pada keselesaaan masing-masing. Cuma nye, kalo buat pakai mesin ni, jangan lupa buat back up.
merancang Majlis perkahwinan jimat dan sifar pembaziran

Annur: Korang kat luar sana, berminat tak nak nikah awal?

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.