Bahaya Memendam Rasa

January 29, 2012

Orang yang secretive biasanya mempunyai konflik dalaman yang tinggi. Setiap saat, setiap detik fikiran individu ini tidak pernah berehat daripada berfikir dan mengimbas kenangan pahit yang pernah dilaluinya. Namun pada zahirnya, mereka kelihatan seperti orang biasa yang tidak bermasalah, bergaul mesra dengan masyarakat, berpendidikan dan mungkin juga berkerjaya.

Jika tidak diamati dengan teliti, semestinya tiada siapa dapat menebak isi hati individu yang secretive (pemendam rasa) ini kerana meraka amat bijak menyembunyikan perasaan sebenar mereka melalui senyuman dan tawa. 

Mereka juga pandai bergurau senda dan kehidupan sosial mereka kelihatan amat sempurna dalam setiap aspek, bermula dari hubungan kekeluargaan sehinggalah hubungan dengan tetangga. Tidak hairanlah sekiranya ahli keluarga kamu sendiri tidak dapat mengecam bahawa kamu merupakan salah seorang si pemendam rasa.

Hanya segelintir  yang mempunyai pemerhatian yang tajam sahaja dapat membaca isi hati kamu. Ada sesetengah orang berpendapat, sekiranya masalah tersebut terlalu remeh, lebih baik dibiarkan atau dipendam sahaja. Tapi kapasiti mental seseorang individu untuk memendam sesuatu masalah adalah berbeza. Ada yang mampu menanggung beban masalah yang berat untuk sat tempoh yang panjang. Dan ada yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika sahaja.

Jadi, si secretive itu perlu tahu limit diri masing-masing dalam menanggung beban masalah. Sebagai manusia biasa, kamu perlu berkongsi masalah untuk meringankan tanggungan beban terhadap mental. Kerana apabila tiba satu peringkat, apabila masalah tersebut telalu menekan, kamu mudah terbabit dengan tindakan nekad yang di luar jangkaan.

Jadi sekiranya ada antara ahli keluarga kamu yang merupakan salah seorang si secretive, kamu perlu bantu mereka. Bukan membantu menyelesaikan masalah mereka, tetapi bantu mereka untuk meluahkan perasaan dan berkongsi permasalahan yg dialaminya.

Annur: Ada banyak cara nak mengesan individu yg secretive, salah satu nye, rapatkan diri dengan individu tersebut dan rajin bertanya adakah beliau sedang dilanda masalah.

1 comment:

  1. kihkihkih.. terasa ai tau.. yu nii~~~ :)

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.