Checklist Barang Keperluan Perkahwinan

Dalam keghairahan bakal-bakal pengantin dalam menyediakan persiapan perkahwinan, ramai yang memandang remeh akan checklist barang dan urusan yang diperlukan pra-perkahwinan. Bagi Syu, membuat senarai semak ni dah terlalu sebati dengan diri. Malah nak membeli belah 2- - 3 barang pun aku akan sediakan list supaya tak terberbelanja lebih.



Checklist Barang Keperluan Perkahwinan


Bukan nye sebab aku rajin, tapi kita kan manusia. Biarpun otak kita masih muda dan berkeupayaan mengingat dengan baik, tapi kadang-kala faktor kesibukan dan stress boleh buatkan kita terlepas pandang akan perkara-perkara kecil tapi penting.
Checklist barang perkahwinan PKP
Jadi, ini antara checklist yang aku sediakan, moga-moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.. Aminn..




1. KEPERLUAN ASAS PENGANTIN






Prosedur Pernikahan

 Kursus pra-perkahwinan

 Maskahwin

 Wang hantaran
 Surat Akuan Bujang
 Hubungi & tempah jurunikah
 Wali & Saksi 
 Ujian kesihatan (HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan
 Cincin tunang
 Cincin kahwin
 Barang kemas


Busana Pengantin

 Baju pengantin lelaki

 Baju pengantin perempuan

 Baju salinan pengantin lelaki
 Baju salinan pengantin perempuan
 Tanjak dan samping
 Keris?
 Tudung
 Veil
 Barang kemas
 Kerongsang
 Kasut
 Safety pin
 ________________


Andaman & Tatarias

 Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)

 Tempah juruandam / jurusolek 

 Pelamin dan aksesori
 Bunga pahar
 Bunga manggar
 Bunga pegang (hand bouquet)
 Hiasan bilik tidur
 Pintu gerbang
 Inai
 Payung
 ________________
 ________________


Hantaran

 Tempah penggubah hantaran / DIY

 Jika DIY : Beli barang di kedai kraf

 Sewa dulang hantaran
 Hiasan dulang


Idea Barangan Hantaran (Lelaki)

 Sirih junjung

 Potpurri

 Al Quran
 Kain pelikat
 Baju (sepersalinan) atau kemeja
 Songkok
 Sampin
 Kasut
 Jam
 Ipad
 Iphone/smartphone
 Kek
 Tali leher


 Tali pinggang

 Jersey sukan e.g. Baju Manchester United

 Set Penjagaan diri seperti set pencukur atau minyak wangi


Idea Barangan Hantaran (Perempuan)

 Telekung / sejadah

 Beg tangan

 Jam
 Set peralatan solek
 Set penjagaan diri
 Barangan kemas seperti rantai, gelang, subang
 Buah-buahan
 Manisan/Cokelat
 Kek
 Pulut kuning
 Buah-buahan
 Minyak wangi


Pengapit pengantin

 Pengapit pengantin lelaki

 Pengapit pengantin perempuan


Bulan Madu

 Ambil cuti

 Sewa kenderaan

 Tempah hotel, tiket kapal terbang
 Rancang aktiviti sepanjang bulan madu





2. PENGURUSAN TEMPAT



Sewa Lokasi

 Sewa kanopi

 Sewa jalan

 Sewa dewan
 Sewa hotel / taman
 Sewa meja dan kerusi
 Sewa sistem PA
 Mikrofon
 Pembesar suara
 Kipas
 Lampu


Hiasan Lokasi

 Upah penghias

 Hiasan meja

 Hiasan kerusi
 Alas meja
 Skirting
 Hiasan meja pengantin
 ________________
 ________________
 ________________



3. MAKANAN



 Tempah katerer

 Tempah tukang masak (gotong- royong)

 Nasi

 Lauk pauk
 Buah-buahan
 Minuman
 Kuih-muih
 Kek
 Menu makan beradab
 Penanggah pengantin
 Penanggah tetamu
 Makanan untuk orang gotong-royong (sebelum & selepas majlis)
 ________________
 ________________
 ________________





4. PROTOKOL



Cara Jemputan

 Senarai tetamu ibubapa

 Senarai tetamu sendiri

 Senarai tetamu adik beradik
 Kad jemputan
 Setem
 Facebook RSVP
 Emel
 E-kad

Pengurusan Majlis Aturcara majlis
 Tempah pengacara majlis


 Skrip pengacara majlis

 Tempah penyelaras majlis (floor manager)

 Panduan penyelaras majlis

 Penyambut tetamu
 Pengiring tetamu kehormat
 Panduan tempat duduk majlis resepsi
 Pemberi ucapan
 Pembaca doa


 Perunding majlis perkahwinan (wedding planner)

 ________________

 ________________


5. CENDERAHATI



Tetamu

 Cenderahati rombongan pengantin

 Cenderahati tetamu istimewa

 Cenderahati tetamu biasa
 Bungkusan makanan (berkat)



Pembantu

 Cenderahati ibubapa

 Cenderahati adik beradik

 Cenderahati saudara-mara/ Jiran
 ___________________________
 ___________________________
 ___________________________





6. RAKAMAN MEMORI



 Tempah jurufoto

 Panduan jurufoto

 Pembantu jurufoto

 Tempah juruvideo
 Panduan juruvideo
 Pembantu juruvideo





7. HIBURAN



 DJ

 Formasi kompang

 Silat pengantin

 Kumpulan marhaban / berzanji
 Persembahan multimedia
 ________________
 ________________




8. PENGINAPAN TETAMU



 Tempah hotel atau homestay (rombongan pengantin)

 Tilam / alas tempat tidur

 Bantal

 Selimut





9. PENGANGKUTAN



 Sewa kenderaan (perjalanan pergi balik rombongan ke majlis bertandang)

 Sewa kenderaan (hantar dan ambil pengantin dari tempat majlis)

 Kereta khas (untuk kecemasan / warga emas / kanak kanak)




Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y