penawar sakit belakang-biobax

Menghadiri kursus perkahwinan

12:38 AM
Antara syarat terpenting sebelum anda boleh berkahwin ialah anda diwajibkan mempunyai sijil kursus perkahwinan. Buat yang belum tahu, kursus perkahwinan ialah kursus persediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus perkahwinan ialah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan mengenai perkahwinan anda. 

Anda boleh menghadiri kursus-kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh mana-mana pejabat agama daerah atau pihak swasta, namun anda dinasihatkan agar memastikan bahawa ia telah didaftarkan dan telah mendapat kebenaran daripada pihak JAKIM. Biasanya panel penceramah bagi kursus perkahwinan adalah terdiri dari pakar-pakar kaunseling & motivasi dari Jabatan Agama Negeri masing-masing yang telah mendapat tauliah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Jumlah hari dan tempoh masa kursus perkahwinan pula bergantung kepada peserta dan juga penganjur. Biasanya, kursus perkahwinan akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu secara berturut-turut. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan selalunya mengambil masa 12 jam. Modul khas akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk setiap kursus.

Harganya pula bergantung kepada penganjur dan pakej yang disediakan, kebiasaannya dalam RM80 sahaja untuk seorang. Ada juga yang menawarkan harga yang lebih murah terutamanya jika kursus perkahwinan tersebut diadakan di institut-institut pengajian awam dan swasta bagi menggalakkan golongan muda lebih awal sedar dan tahu kepentingan perkahwinan.
Menghadiri kursus perkahwinan

Setelah selesai menjalani kursus, Sijil Kursus Perkahwinan akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Majlis Agama akan mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 hari untuk menyiapkan sijil-sijil tersebut. 

Peserta kursus perkahwinan atau wakil peserta yang layak menerima sijil boleh mengambil dari pejabat pentadbiran setelah menandatangani Borang Pengambilan Sijil. Sijil ini tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua negeri tidak kira dimana ianya diambil.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. tak sempat lagi nak gi kursus kawen. even takde calon pun,karang dah keje lagi tak sempat. btw,kat uia murah lagi. RM40 lebih tak silap. tu pun dah naik. dulu RM 30 lebih gitu je..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.