Panggilan berubah setelah berkahwin

Banyak suami isteri atau pasangan kekasih yang memanggil satu sama lain dengan panggilan Sayang, Honey, atau B atau Babe. Begitu melekatnya panggilan ini pada diri masing-masing, hinggakan panggilan sayang itu terdengar biasa. 


Panggilan berubah setelah berkahwin




Dan pada satu tahap, panggilan sayang itu terdengar seolah-olah ianya merupakan nama asal kepada isteri mereka. Biasanya begitulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang sudah begitu menyatu dan intim, sehinggakan waktu bergaduh, berleter atau marah pon masih memanggil sayang.


Ada juga bagi sesetengah pasangan, yang memberikan panggilan sayang itu sendiri ke dalam bentuk yang lebih peribadi dan istimewa. Ada beberapa contoh pasangan, yang menggunakan panggilan sayang "Bam-bam" untuk suaminya, kerana sang suami berwajah tembam atau "Bu-bu" kerana gebu. Sedang pasangan lain menggunakan panggilan "Omey" untuk masing-masing kerana sama-sama bertubuh bulat dan comel.

Omey abg ni tak sudah-sudah masak benda favorite abg bagi abg makan..bertambah-tambah comey la abg nanti. Takmuat pintu ekgi.




Memiliki panggilan sayang khusus memang unik, kerana sejarah nama kesayangan tersebut hanya korang berdua yang mengetahui, dan tentu tidak akan dipakai oleh pasangan lain. Private nickname mampu menunjukkan keintiman sesebuah pasangan.

Seperti yang dinyatakan dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Social and Personal Relationship; mengatakan bahawa kepuasan dalam sesebuah perhubungan meningkat dengan adanya insider language, atau bahasa-bahasa yang hanya difahami dan digunakan oleh kedua pasangan. 




James Turndoff PhD, seorang Relationship Therapist, mengatakan, 


"Menggunakan nama timang-timangan dan bahasa yang dibuat sendiri adalah cara yang mudah untuk menyampaikan komunikasi yang positif dalam hidup sehari-hari."

Private language juga menurutnya, merupakan cara yang baik untuk menampilkan hubungan yang penuh kerjasama, dan supporting each other



Bahkan bila korang ingat-ungat balik, nama timang-timangan sebenarnya bukan cuma wujud di kalangan kekasih, bahkan dalam pergaulan rakan-rakan pejabat atau sahabat santai, selalu je ada orang yang mempunyai panggilan khusus. Misalnya, ada ada Mat Jaguh, Mat Dugong, Mat Tosei. Awang Saboh, Awang Katak, Awang Spanar.

Ada jugak nama yang sekadar dibolak-balik kan agar kedengaran lucu dan mencuit hati. Dalam pergaulan, baik nama yang mempunyai maksud tertentu, atau sekadar gurau-gurauan, ia sebenarnya menunjukkan bahawa korang mempunyai persahabatan yang rapat dan akrab.

Kesimpulannya, bagi pasangan yang berkasih, kekalkan panggilan manja atau nama timang-timangan korang tu sampai ke tua. Tak kisah lah di depan mertua atau rakan-rakan. Tiada sebab untuk malu untuk mempamerkan kemesraan korang. 

Sebab sekali korang dah kawen, korang memang dah layak nak berkasih-kasih cemane gaya sekalipon. As long as tak menunjukkan aksi-aksi terlarang 18SX, korang-korang para asben-seluruh-dunia, bebas untuk tunjukkan yang korang sayang kat bini korang.

Annur: Pesan kat asben-seluruh-dunia je. Sebab biasanya wife-seluruh-dunia takde masalah malu-malu nak tunjukkan kasih sayang diorang pada asben, sebab para wife-seluruh-dunia ni memang terkenal dengan sifat penyayang tak kira masa, tempat dan keadaan..ye tak?

Catat Ulasan

4 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y