TAZKIRAH JUMAAT: Buat kita yang suka mengata

February 24, 2012
_________________________________________________________________________
السلام عليكم
Kita renung dulu ayat ni sebelum nak bercakap buruk tentang orang
Jangan duk mengata orang sangat la, kerana mungkin orang yang
dikutuk tu LEBIH BAIK dari kita atau LEBIH MULIA di sisi Allah.

Bila aku cuba berpesan macam ni, bukan maksud aku tak pernah mengata dan bersangka buruk terhadap orang.. Insanu dhoifa kata Allah, "Manusia itu diciptakan bersifat lemah". 
Tapi aku berusaha untuk TIDAK bersangka dan berkata buruk tentang orang. 

Untuk saling berpesan-pesan bukan perlu tunggu kita jadi baik sempurna dulu. Sebagaimana para sahabat telah bangkitkan soal tersebut

Meskipun kita tak sepenuhnya amalkan kebaikan tapi kita
perlu tetap menyeru orang berbuat baik

Kita sering mengejek dan memperlekeh orang bilamana mereka cuba mengajak kita jauhi kemungkaran.

"Cakap pandai! Kau tu pon bukan baik sangat, bukan pakai tudung labuh pon"

"Nak blagak warak, padahal wat dosa jugak"

Dalam sehari-hari kehidupan kita, kadang dengan mudahnya kita berkata buruk tentang orang lain dan itulah ujub dalam diri kita. Aku bagi beberapa senario sebagai contoh

  • Kamu sedang memandu dengan pemanduan 110km/h tiba-tiba bertemu satu kereta di depan yang memandu 80km/h. Memang tak laju mana, tapi bersesuaian lah dengan had laju jalan negeri. Tidak berpuas hati kerana terpaksa menekan brek dan memperlahan kan kederaan, lalu dengan mudahnya mulut kamu menuturkan
      • "Hey bodor, tak reti tekan minyak ke ha?!"

  • Sedang duduk menunggu tren bersama kawan-kawan, datang seorang gadis bertudung dan berpakaian agak ketinggalan. Berbaju kurung cotton yang agak berkedut menyandang beg tak berjenama. Tak semena-mena terbit dari mulut kamu 
      • "Wey korang tengok budak tu. Dari hulu mane ntah dia datang, ntah-ntah orang asli kot"

  • Kamu menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan. Bila melihatkan pasangan pengantin, hati kamu rasa tak tenang selagi tak meluahkan yang 
    • (L)- "Eii pengantin lelaki hensem cam aku tuuhh, tapi yang pempuan tu..yeerrkk tak bernafsu aku!" 
    • (P)- "Cane la Nik boleh minat kat pempuan tu, aku lagi lawa kot!"

Berprasangka, mencari kesalahan/kelemahan orang dan mengata. Pakej lengkap untuk dapat makan daging free. Daging saudara kita yang telah mati. 

Setiap kali nak kata atau fikir buruk, bayangkan dulu keadaan kita tengah duduk bersila di depan sekujur jasad ibu kita, dan memamah daging nya. Sanggup kita makan daging mentah? Tak sanggup. Apatah lagi nak makan daging saudara sendiri.

Sebelum tutup bicara, suka aku mengajak korang pergi secara sepintas lalu. Ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa, iaitu 
    • sangka buruk (su'u dzon)
    • mengintip dan mencari kesalahan orang lain
    • kata mengata. 
Ketiga-tiga jenis penyakit ini terbit dari hati yang rosak yang dikuasai iblis dan nafsu. Penyakit-penyakit seperti ini tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.

Bersama samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati ini. Jangan biarkan ukhwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita.

Annur: Sedang belajar kurangkan bicara. Mampukah.

2 comments:

  1. mcm mana pulak dgn orang yang suka memperbodohkan kita?

    ReplyDelete
  2. mcm mana pulak dgn orang yang selalu sakitkan hati kita?

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.