Hebahkan pertunangan

March 12, 2012
   
Ada seorang lelaki mengadu bahawa tunangnya ingin memutuskan pertunangan. Dengan alasan, tunangnya itu melakukan solat istikharah lalu mendapat mimpi lelaki lain, yang mana baru-baru ini datang merisiknya (sedang dia sudah pun tunangan orang). Hal ini berlaku kerana pertunangan mereka dirahsiakan, hanya di kalangan saudara-mara sahaja.
   

Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?





Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!


Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!


Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya! 

Orang melayu ini, dia adabnya lebih. Sebab itu dia lebih cenderung kepada sembunyikan pertunangan. Takut tak jadi katanya. Takut orang dengki katanya. Baik, itu satu alasan yang baik. Tetapi itu tidaklah menukar hukum yang sebenar. Akhirnya, terpulang kepada tuan punya tubuh untuk menilai keadaan diri sendiri bukan? ^^ Bukan orang lain berhak nilai benda itu untuk tuan punya badan yang hebahkan/tak nak hebahkan.
Kita janganlah sibuk compare mana yang lebih baik. Hebah lebih baik, atau tak hebah lebih baik.
Ada situasi hebah lebih baik daripada tidak hebah.
Ada situasi, tidak hebah lebih baik daripada hebah.

Saya berpandangan hukum menyebarkan pertunangan pada saya adalah muhtamalah (optional, pilihan), sebar bagi siapa yang rasa keadaannya patut sebarkan. Sembunyikan, bagi sesiapa yang rasa keadaannya patut sembunyikan.  

Ini adalah pandangan saya.Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

Didikan apakah ini? Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni? 

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.