penawar sakit belakang-biobax

Tempoh pertunangan | Apa itu "darah manis"?

6:27 PM
Tempoh pertunangan | Apa itu "darah manis"?
Tempoh pertunangan | Apa itu "darah manis"?


BERTUNANG- Tempoh yang dikatakan lebih baik sekiranya ia dipendekkan kerana takut berlaku perkara-perkara yang tak dingini.
Pasti korang biasa mendengar perkataan  'darah manis' diucapkan kepada pasangan-pasangan yang baru mengikat tali pertunangan. Darah manis itu bukan lah bermaksud darah pasangan tersebut manis, tapi merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mudah mendapat bahaya dan kecederaan.

Tak kurang juga yang berpesan supaya, banyak-banyak bersabar dan bertolak ansur kerana masalah dan dugaan kerap berlaku dalam tempoh bertunang. Bagi aku, bila-bila masa pun dugaan akan datang, cuma bezanya,dugaan tu hebat sikit dari sebelum tunang. 

Kita bertunang dengan matlamat yang baik iaitu untuk mendirikan masjid. Dan siapa lagi yang sangat sakit hati bila melihat manusia ingin berbuat baik kalo tak lain tak bukan iblis? Iblis akan sentiasa mencari jalan supaya manusia berbuat perkara yang haram berbanding yang halal.

Menggunakan wanita cantik sebagai senjata. Dihiasnya wajah perempuan-perempuan lain agar lebih pesona berbanding tunangannya sendiri, sehinggakan timbul di hati sang lelaki; cinta. Lalu berlakulah perzinaan. Natijahnya, rosak hubungan pertunangan, gagalnya perkahwinan, timbul pula kemarahan dan perpecahan keluarga serta saling bermusuhan.
Begitulah syaitan menipu manusia. Sedang kita hampir melengkapkan iman kita melalui perkahwinan; melangkah menuju jalan yang halal, namun sebaliknya dipesongkan pula ke arah yang haram.
BERTUNANG-  Inilah satu-satunya tempoh terbaik untuk menguji sama ada Incik Tunang sudah menepati ciri-ciri seorang imam (pemimpin) ataupun tidak.
Namun kita tak dapat lari dari beranggapan bahawa lelaki kaki surau, kaki masjid itulah yang terbaik untuk menjadi imam. Atau mungkin lelaki lulusan fakulti pengajian agama itu yang terbaik sebagai imam. Imam di dalam solat, mungkin ya. Tapi soalnya kita ingin menyelidiki sejauh mana tunang kita mampu menjadi imam, baik di dalam solat mahupun di luar.

Memang agak susah untuk kita menilai seseorang. Sebab kita sebagai manusia hanya mampu melihat apa yang terzahir pada luaran nya sahaja, sedangkan yang di dalam, akan terus kekal menjadi rahsia antara dia dan Allah. Jadi sebab itulah kita kena manfaatkan tempoh bertunang ini dengan sebaiknya.

Melalui pertunangan, kita secara automatiknya akan berkenal-kenalan dengan keluarga dan saudara-maranya. Jadi kita boleh mengenali sifat tunang kita melalui perbualan dan cerita-cerita dari saudara, adik-beradik mahupun orang tua nya.
Tempoh pertunangan | Apa itu "darah manis"?
All the way from Terengganu.

Pada zahirnya-"DIA". Seorang yang suka berlembut, dalam apa jua tindakannya..Tidak pernah meninggikan suara atau menunjukkan benci barang sekali. Pada hemat aku, dia orangnya suka memilih jalan berdiam diri di saat keadaan menjadi tegang, untuk mengelakkan perbalahan.

Komen Abah - Baguslah dia bukan seorang perengus atau panas baran. Sifat berlembut tu memang dianjurkan oleh Nabi s.a.w sendiri tambah-tambah terhadap isteri dan anak-anak. Tapi kalau dalam hal-hal beragama, dia sebagai lelaki dan ketua keluarga WAJIB BERTEGAS. Tak aci lembut-lembut.

Annur: Jika berlaku masalah, jiwa kusut dan hati tak tenang masa tempoh tunang, cari jalan menenangkan hati..sama ada berzikir, solat sunat.. Ermm istikharah adalah tak digalakkan setelah membuat perjanjian pertunangan. Korang dah decide untuk terima pinangannya, jadi kalo jadi pape pun, hiduplah dengan keputusan yang telah dibuat.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.