Tempoh pertunangan | Apakah darah manis itu bermaksud?

9:38 AM
Tempoh pertunangan - Apakah darah manis itu bermaksud? | Mesti korang biasa mendengar perkataan darah manis diucapkan kepada pasangan-pasangan yang baru mengikat tali pertunangan, kan? Darah manis itu bukan lah bermaksud darah dalam badan kita tu manis, tapi merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mudah mendapat bahaya, kecelakaan dan perkara buruk yang "sukanya" darah tu nak mengalir.

Tempoh pertunangan | Apakah darah manis itu bermaksud?
BERTUNANG- Tempoh yang dikatakan lebih baik sekiranya ia dipendekkan kerana takut berlaku perkara-perkara yang tak dingini.

Ada juga yang beranggapan darah manis itu beerti konflik dan ujian ketika dalam tempoh pertunangan. Sebab tu, ramai jugak saudara mara yang berpesan supaya, banyak-banyak bersabar dan bertolak ansur kerana masalah dan dugaan kerap berlaku dalam tempoh bertunang. Bagi aku, bila-bila masa pun dugaan akan datang, cuma bezanya, dugaan yang bakal datang tu mungkin hebat sikit dari sebelum tunang. 


Helah syaitan dalam memesongkan niat baik manusia

Kita bertunang dengan matlamat yang baik iaitu untuk mendirikan masjid. Dan siapa lagi yang sangat sakit hati bila melihat manusia ingin berbuat baik kalo tak lain tak bukan iblis? Iblis akan sentiasa mencari jalan supaya manusia berbuat perkara yang haram berbanding yang halal.

Dia akan menggunakan wanita cantik sebagai senjata. Dihiasnya wajah perempuan-perempuan lain agar lebih pesona berbanding tunangannya sendiri, sehinggakan timbul di hati sang lelaki; cinta. Lalu berlakulah perzinaan. Natijahnya, rosak hubungan pertunangan, gagalnya perkahwinan, timbul pula kemarahan dan perpecahan keluarga serta saling bermusuhan.

Begitulah helah syaitan dalam nak menyesatkan manusia. Sedang kita hampir melengkapkan iman kita melalui perkahwinan; melangkah menuju jalan yang halal, namun sebaliknya dipesongkan pula ke arah yang haram pula. Nauzubillahiminzalik!


Bertunang sebagai tempoh percubaan (probation period)

Inilah satu-satunya tempoh terbaik untuk menguji sama ada Incik Tunang sudah menepati ciri-ciri seorang imam (pemimpin) ataupun tidak. Namun kita tak dapat lari dari beranggapan bahawa lelaki kaki surau, kaki masjid itulah yang terbaik untuk menjadi imam. Atau mungkin lelaki lulusan fakulti pengajian agama itu yang terbaik sebagai imam. Imam di dalam solat, mungkin yer! Tapi soalnya kita ingin menyelidiki sejauh mana tunang kita mampu menjadi imam, baik di dalam solat mahupun di dalam kehidupan seharian.

Memang agak susah untuk kita menilai seseorang selagi kita tak tinggal sebumbung. Sebab kita sebagai manusia hanya mampu melihat apa yang terzahir pada luaran nya sahaja, sedangkan yang di dalam, akan terus kekal menjadi rahsia antara dia dan Allah. Jadi sebab itulah kita kena manfaatkan tempoh bertunang ini dengan sebaiknya.

Melalui pertunangan, kita secara automatiknya akan berkenal-kenalan dengan keluarga dan saudara-maranya. Jadi kita boleh mengenali sifat tunang kita melalui perbualan dan cerita-cerita dari saudara, adik-beradik mahupun orang tua nya.

Tempoh pertunangan | Apakah darah manis itu bermaksud?
31 Dec 2011 : All the way from Terengganu | Tiga biji kereta dan sebiji van.
Pada zahirnya-"DIA". Seorang yang suka berlembut, dalam apa jua tindakannya..Tidak pernah meninggikan suara atau menunjukkan benci barang sekali. Pada hemat aku, dia orangnya suka memilih jalan berdiam diri di saat keadaan menjadi tegang, untuk mengelakkan perbalahan.

Komen Abah - 
Baguslah dia bukan seorang perengus atau panas baran. Sifat berlembut tu memang dianjurkan oleh Nabi s.a.w sendiri tambah-tambah terhadap isteri dan anak-anak. Tapi kalau dalam hal-hal beragama, dia sebagai lelaki dan ketua keluarga WAJIB BERTEGAS. Tak aci lembut-lembut.

Kalau nanti berlaku pape masalah, jiwa kusut dan hati tak tenang masa tempoh tunang, cari jalan menenangkan hati..sama ada berzikir, solat sunat.. Ermm istikharah adalah tak digalakkan setelah membuat perjanjian pertunangan. Korang dah decide untuk terima pinangannya, jadi kalo jadi pape pun, hiduplah dengan keputusan yang telah dibuat.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.