#8 Hantaran

April 15, 2012
Salam..
SENARAI HANTARAN PERTUNANGAN
Hantaran untuk majlis nikah tak sama dengan hantaran tunang. Hantaran semasa pertunangan adalah berupa hadiah dan makanan,manisan. Manakala hantaran semasa nikah berupa satu set sepersalinan top to toe untuk pengantin.

Berikut merupakan komponen yang lazimnya terdapat dalam hantaran pertunangan:

ENGAGEMENT RING

  1. Sirih Junjung / Tepak sirih
  2. Cincin batu
  3. Kek, Manisan, Kuih muih
  4. Barangan lain seperti tuala, telekung, kain pasang, tudung dan sebagainya. 

Tapi kebiasaannya pihak lelaki akan beri barangan seperti di atas..manakala pihak perempuan membalas dengan makanan dan manisan sahaja. Tak semestinya kena ikut. Semua ni adat je.

KOmponen lazim hantaran pernikahan:

  1. Pakaian top to toe
  2. Sejadah dan telekung/pakaian solat
  3. Set penjagaan diri
  4. Kasut
  5. Jam tangan
  6. Beg / Tali pinggang / Wallet / Purse
  7. Wang mas kahwin + Al Quran
  8. Lain-lain hadiah mengikut kemampuan : iphone, Tablet, ipad, Laptop.
Bagi Annur, hantaran pernikahan ni merupakan hadiah istimewa buat pasangan, yang mana barang-barang berkenaan jarang-jarang sekali dapat kita belikan buat pasangan selepas berkahwin. 

Tapi, sekali lagi, tak perlu lah terlalu mengikut kebiasaan / adat.. Sebaiknya, kita ukur baju di badan sendiri. Maksudnya, kita mesti tahu had kemampuan kita dari segi ekonomi. Jangan mudah terpengaruh dengan contoh hantaran yang ditayangkan dalam kebanyakan majalah perkahwinan dan di televisyen.

Cabaran yang sebenarnya adalah fasa sesudah berkahwin. Kalau kita dah berhabis-habisan untuk majlis perkahwinan, hingga melibatkan hutang di sana sini, sakitnya kita akan rasa selepas tamat majlis perkahwinan.

Benar. Orang kata, wang bukan segalanya. Tapi, di sebabkan kesempitan wang, fikiran jadi kusut dan tertekan, hubungan terjejas dan nauzubillahIiminzalik yang lebih teruk lagi, perpecahan rumah tangga.



Annur: Hantaran untuk nikah belum siap gubah lagi. Akan menyusul entri seterusnya insyaAllah "Gubahan Hantaran"



Sila LIKE kalo suka..

1 comment:

  1. yes cabaran sebenar ada lepas kahwin. banyak belanja punya kan. tapi orang biasa nak grand2. sekali seumur hidup. kena bawak bincang sesama bakal pasangan gak tu kan.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.