Wanita Mudah Memaafkan Tapi Sukar Melupakan

Kenapa wanita mudah memaafkan tapi sukar melupakan? | Bukan mudah untuk memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap diri kita. Apatah lagi kalau orang tu merupakan orang yang paling rapat dengan kita, nak-nak pulak kalau orang tu adalah orang yang kita sayang. 

Ye la. Dah  orang tu kita sayang. So kita tak jangka pulak dia akan lukakan hati kita sebegitu. Itu simple logic la kan. Tapi hakikatnya mana ada manusia yang perfect, yang tak pernah sakiti hati sesiapa. Betul tak?

ragam wanita susah memaafkan

Wanita Boleh Memaafkan Tapi Takkan Melupakan

Aku selalu terfikir pasal benda ni. Biarpun kita dah sanggup beri kemaafan tapi kenapa ek, sangat-sangat payah kan, untuk kita lupakan apa yang dah kita alami?! Umpama luka la. Walaupun pedih akibat terluka tu dah hilang, tapi tetap juga ada kenangan "bekas" luka tu tertinggal kan? Bekas atau parut luka yang ditinggalkan tu lah yang akan kekal di situ selagi hayat dikandung badan. 


Emosi Menguasai Diri Wanita

Kajian di US menjelaskan wanita memiliki memori yang lebih kuat berbanding lelaki. Kalau lelaki 60% kapasiti ingatan, wanita pulak 75%. Lebih parah lagi, memori yang extra tu pulak, terdiri daripada memori berbentuk emosional yang menyebabkan kita selalu je terkenang peristiwa lampau yang membuatkan kita marah atau sedih.

SUKAR MENGIKIS KENANGAN

Turhan Canli, psikologist Universiti of Stony Brook, US menjelaskan wanita mempunyai otak bersifat memori autobiografi. Maka kita orang perempuan ni akan mengalami pengalaman yang sukar untuk melepaskan kenangan apatahlagi kalau peristiwa tu memberi efek dan impak yang besar dalam hidup kite. 

Keadaan ni juga adalah punca utama kemurungan (depresi) di kalangan wanita. Sebab apa tau? Haa sebab otak kita orang perempuan ni sangat cenderung untuk flashing-back peristiwa-peristiwa yang buruk dan terus-menerus memikirkan kejadian tu sampai lah otak jadi senak dan tertekan.

Faktor Hormon Special Wanita

Satu lagi faktor yang  membuatkan orang perempuan susah nak melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi dalam darah. Kajian saitifik menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan blood-circulation ke otak. 

So secara tak langsung, kesan dari tindakan estrogen ni akan meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyebabkan seseorang wanita itu payah nak melupakan sesuatu peristiwa.


Kesimpulannya

Maaf bukan mainan! Perkataan maaf itu cukup mahal harganya okey! Bukannya boleh sesuka hati je sebut maaf~maaf~maaf sekadar nak menyedapkan hati orang yang mendengar nya je. Sekali mengucapkan kata maaf, maknanya korang dah bersedia untuk melupakan segala kepahitan yang lalu dan membuka lembaran baru kehidupan.

Dengan cara ni, hati akan lebih tenang dan takkan timbul isu dendam antara diri kita dan sesape saje. =)


                Baca Juga : Cabaran dalam perkahwinan jarak jauh - PJJ


Mamy Syu: So dah tahu kan? Kenapa orang perempuan selalu dilabel sebagai suka mengungkit kisah silam? haha sebab 3 faktor tadi lah. Semua benda kami akan kenaanngg je, dan selalu flash back serta throwbaack bagai. Pastu, tangkap sendu sensorang kat bucu katil bhahahaha~

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. biasa la tu...

    mmg sifat semula jadi orang perempuan macam tu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betapa unik nya seorang perempuan kan hahaha

      Padam
  2. Tanpa Nama13:41

    tu la special nye ppuan huhu

    BalasPadam
  3. parah gak bila susah nak lupa . lelaki senang je kn . -,-

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..nak kena makan semut banyak lagi kot kita ni haha nak bagi mudah lupa macam orang lelaki

      Padam
  4. Tanpa Nama13:36

    aah..sbb laki sifat nye suka amik mudah

    BalasPadam
  5. benda ni paling sukar wanita nak lupakan bila melibatkan hal2 putus cinta ke. dengar lagu2 sensitip ke. berjurai r. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..tak dinafikan.
      Tangkap leleh sokmo haha

      Padam
  6. lelaki lebih sempoi dari perempuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyolah tu.
      Terlajak sempoi takleh gak, sampai tarikh-tarikh penting pun tak di ingat nye

      Padam
  7. Ha kan.. Easy to say "I forgive u".. Tp dalam hati mcm tak redha je

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y