Jaga Pemakanan Ketika Hamil

September 14, 2012
Entri untuk rujukan aku sendiri.

Trimester pertama
- Elakkan berdiet untuk tujuan menguruskan badan
- Lebihkan pengambilan asid folik dan protein.
- Atasi alahan dengan cara makan sedikit tapi kerap.
- Elakkan makan berminyak krn ia akan memburukkan lagi alahan.
- Minum air masak suam/ais. (ikut atas diri masing2) Ada yg alah pada air masak suam, dan sebaliknya.
- Anda akan mengalami masalah kerap buang air kecil. Jangan kurangkan pengambilan air untuk mengelakkan masalah ini. Kerana anda memerlukan lebih banyak air.
- Kurangkan pengambilan gula berlebihan.


Jaga pemakanan ketika hamil

Trimester kedua
- Hindari makanan yg menyebabkan banyak angin seperti jagung dan bawang merah.
- Perut anda semakin membesar dan tidak selesa. (rasa senak) Elakkan makan terlampau banyak terutama sebelum tidur.
- Jauhi makanan pedak, berminyak dan berlemak.
- Anda akan kerap mengalami kekejangan otot. Atasi masalah ini dengan pengambilan kalsium.
- Pedih ulu hati sering berlaku ketika trimester kedua ini. Tinggikan sedikit posisi kepala anda ketika tidur bagi menghalang asid perut naik ke esofagus.
- Banyakkan pengambilan vitamin C bermula 15- 28 minggu.
- Teruskan pengambilan protein yg mencukupi.
- Petua kampung- Minum air kelapa sekali-sekala bagi merangsang bayi untuk aktif. (sekiranya bayi kelihatan lemah dan kurang bergerak)

Trimester ketiga
- Cenderung untuk mengalami sembelit. Lebihkan meminum air masak.
- Lebihkan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran.
- Kurangkan karbohidrat dan mminuman yg bersusu sekiranya berat badan anda semkin bertambah. Jumlah keseluruhan pertambahan berat badan normal anda hingga minggu ke 36 adalah 12kg. Pada saat ini sepatutnya anda akan mengalami sedikit penurunan berat badan atau tiada perubahan berat badan.


Sumber: Panduan Lengkap Kehamilan terbitan Telaga Biru.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.