Kisah bayi pramatang (My premature story-Part 1)

March 30, 2013
Hi all! assalamualaikum.
Coretan kali ni adalah specially untuk tatapan my precious one, Muhammad Naufal apabila kamu sudah besar sayang, supaya kamu tahu bagaimana, dan betapa banyak nya ujian ke atas kamu dan ibu sebelum dan semasa melahirkan kamu. Dan juga untuk panduan ibu-ibu baru, yang bakal melahirkan baby, atau yang mempunyai baby preemie seperti saya.
bayi tak cukup bulan
HIASAN

Khamis, 17 Januari 2013.
Seperti yang dijanjikan, ibu pulang ke Gerik bersama Ayah. Ibu bercadang untuk bersalin dan berpantang di Gerik, di rumah Opah Akmal. Kemudian pada Jumaat malam Sabtu, Ayah balik semula ke Terengganu kerana dipanggil berkerja di pelantar minyak Kerteh.

Ahad, 20 Januari 2013
Ibu sedang menjahit barut perut baby bersama Opah. setelah Azan Asar sekitar pukul 4.30 petang, ibu ke bilik air untuk berwudhuk dan solet. Ketika itulah ibu sedar bahawa ibu telah turun air. Dua helai kain batik pun tak dapat menampung air yang keluar. Basah lenjun kain batik yang ibu pakai. Setelah mendapat kepastian dari bidan dari Klinik Desa, Opah menghantar ibu ke hospital.

Di hospital Besar Gerik.
Ibu dipasangkan dengan alat untuk mengesan pengecutan rahim (tocodynamometer-utherine contraction monitor) dan Fetal Heartbeat Monitor untuk memantau keadaan jantung baby. Jururawat melaporkan kepada Doktor bahawa contraction berlaku setiap 10 minit dan pintu laluan telah terbuka seluas 3cm. Sejurus selepas itu, doktor datang untuk melakukan scan melalui ultrasound dan mendapati kedudukan baby adalah songsang. Ibu terus diberi suntikan Dexamethasone dan juga 2 tablet bagi mengurangkan contraction.
Ibu dihantar ke Hospital Ipoh.

Di Hospital Ipoh. 12:25AM 21 Januari 2013
Doktor menambahkan dose ubat menahan contraction. Selepas 4 jam, Doktor Pakar O&G datang examine keadaan ibu. Hasil ujian mendapati, air ketuban kering. Disyaki terdapat jangkitan kuman di dalam air ketuban. Doktor mengarahkan staff nurse berhenti memberikan ubat menahan contraction, dan ibu disuruh mula berpuasa kerana pembedahan akan berlaku bila-bila masa selepas 8jam. *Memang dari Gerik lagi aku tak makan ape-ape pun*

6:00AM
Ibu diberikan suntikan kedua Dexamethasone bagi memastikan paru-paru baby matang. Ibu mula diberikan antibiotik setiap 3 jam dan ujian tekanan darah setiap 2jam.

9:46AM
Lawatan pakar. Pakar memutuskan supaya baby dilahirkan segera. Tetapi ketiadaan mesin bantuan pernafasan, ventilator telah menyebabkan pembedahan terpaksa ditangguhkan tidak lebih 6 jam. Jika selpas 6jam, pihak hospital gagal menemui ventilator, maka baby terpaksa dilahirkan juga biarpun tanpa ventilator. Jika tidak, dibimbangi risiko jangkitan terhadap bayi kerana kantung air ketuban telah lebih 12jam pecah.

4:30 PM
Persediaan untuk masuk ke dewan bedah dilakukan sebaik sahaja contraction semakin kuat berlaku setiap 5 minit. Ya Allah. Sakitnya..hanya Engkau yang tahu. Ibu diberikan ubat penenang agar tidak cemas. Ibu dipakaikan dengan pakaian pembedahan dan bahagian yg hendak dibedah dicuci oleh staff nurse. Kemudian Doktor datang membawa borang keizinan untuk ditanda tangani. Ya Allah, adakah aku akan dibedah sebelum sempat suami ku tiba dari Terengganu?

6:00PM
Tepat jam 6, ibu ditolak masuk ke dewan bedah. Ibu dibius separuh badan melalui suntikan di tulang belakang. Sakit ohh..tapi ibu tahan, demi melahirkan baby yang dalam bahaya jika tidak dilahirkan segera. Ibu lihat jam di dnding, sudah pukul 6:12PM dan ibu tak dapat rasa kaki ibu. Pembedahan telah dimulakan. Terasa bergoncang-goncang badan ibu sepanjang pembedahan, tapi mujurlah tak berasa sakit pape.

LIVE! PEMBEDAHAN CESAREAN


6:18PM
Terdengar suara baby menangis. Hah! Dah keluar?! Cepat nye. Pembantu bilik bedah datang menunjukkan baby pada ibu, dan bertanyakan pada ibu, "baby laki ke perempuan?" sambil menunjukkan celah kangkang baby di depan ibu. "Lelaki..alhamdulillah". Baby dihantar terus ke NICU tanpa sempat ibu menyentuh sedikit pun.

7:30PM
Ibu selesai dijahit dan dihantar ke recovery room untuk 2 jam. Kemudian ibu dibawa ke Highly Risk Maternity Ward dan dipantau setiap jam selama 6 jam. Jam

2:45AM; 22 Januari 2013,
Ayah dan Nenek baru sampai dari Terengganu. Ya Allah syukurlah, aku masih dapat melihat wajah suamiku. Aku betul-betul takut kalo-kalo berlaku sesuatu kepada aku. Bagaimanalah suamiku nak membesarkan anakku nanti. Alahamdulillah, semuanya selamat.

4:00AM,
Ibu di suruh bangun sendiri untuk pindah ke wad biasa. *What the?!. Belum pon cukup 12jam aku dibedah, aku dah kena bangun sendiri?!* Ohh sabar je lah.


Annur: Sampai disini dulu. Bersambung di Kisah bayi pramatang (My premature story-Part 2)


Baca juga : Penjagaan kesihatan oral ketika mengandung  ( Dipercayaai 18 dari 100 kelahiran pramatang dikaitkan dengan masalah penyakit periodontal ~ sumber SINI)

3 comments:

  1. singgah sini & join tau :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/05/contest-saya-nak-hadiah-by-syahirah.html

    ReplyDelete
  2. rubydewi00:36

    anak kak syu berape week lahir?anak ruby pun sama,lahir prem 32 week. 3 minggu dalam wad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ruby..anak akak lahir lagi 2 hari nak cukup 32 minggu..kira 32 minggu jugak la tu kan ^_^ hehe..
      Tapi anak akak duk 2 minggu kat wad..

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.