Travel ke KL bersama Naufal

Owh..Assalam..

22 Mac 2013 - Naufal berjalan jauh untuk pertama kalinya seumur hidup..hehe seumur hidup? *baru 2 bulan je pun* Perjalanan dari Gerik ke KL memakan masa dalam empat jam untuk sampai ke destinasi. Destinasinye adalah rumah opah saudara di Lembah Keramat.

Memandangkan ini pertama kali Naufal nak jalan jauh, jadi segala persiapan telah dibuat sejak malam sebelum bertolak lagi. Ibu nak pastikan Naufal selesa sepanjang perjalanan.

Oke. Blanket, pakaian, bantal menyusu, diapers, baby wipes, sebotol air basuh bontot**
Setelah 2 jam perjalanan, Naufal masih ceria dan happy. Ape tak nye..setiap sejam, menyusu..lepas sejam lagi..menyusu lagi. Cuaca panas di luar, kita orang dewasa pun kering tekak,berasa haus, apatah lagi si kecil yang kapasiti tubuh nye lebih kecl untuk menampung air.

Selagi tak penuh tank, selagi tu taknak tido.
Oke! Sekarang tangki saye dah penuh ibu. Time to sleep.
Sampai KL dalam pukul 1.30 PM. Jadi trafik tak berapa lancar. Naufal ni kalo kereta berhenti, mesti dia terjaga. huhu..celik-celik mata je, terus mengamuk. Menagis macam kena cubit-cubit. Panik ibu dibuat nye. Suap susu pon dia reject. Kaki menerajang-rajang ligat. huh! Sesampai je rumah saudara, terus baringkan dia atas tilam dan bukak semua baju n seluar. Kemuain mandikan Naufal. Barulah diam. Dalam bilik air, dia tersenyum..ohh.. Mengubat hati~

Rupanya dia tak selesa, panas selepas setengah hari dalam kereta. huhu..ini pengalaman baru bagi ibu muda macam aku. Macam aku, Naufal jarang menangis melalak kuat-kuat. Jadi bila sekali dia mengamuk, aku jadi takut and panik. Tak tau nak cari punca..hehe last2 baru tahu, rupanya dia nak mandi. (^_^)


**(botol yg ditebuk lubang kecil pada penutup)

Catat Ulasan

0 Ulasan