#5 Empat bulan sebelum kahwin

October 29, 2013
Lelaki pelindung wanita


Memetik pesanan dari Ustaz Azhar Idrus kepada kaum lelaki bahawa
"Haram jika jadikan wanita itu kekasih tapi tiada niat untuk nikahinya."


Tapi malangnya.. kini sudah menjadi trend masyarakat melayu (Islam), berkasih-kasih dan bercinta hanya berpaksikan pada dorongan kehendak hati yang menginginkan keseronokan hidup berpasangan semata-mata. Justeru tak hairanlah kalau gejala remaja sekolah terjebak dengan permasalahan cinta ini menjadi suatu perkara normal dalam masyarakat. 

Biasalah tu, standard arr..cinta monyet aje pon.. Yer.mungkin ramai yang berpendapat bahawa ini bukanlah suatu permasalahan yang serius. Malahan ia amat remeh untuk dibangkitkan apatah lagi untuk dibincangkan. Jom Annur nak bawak korang mendalami isu ni dengan lebih mendalam agar korang dapat nampak dengan jelas.



Kita diharuskan berkahwin apabila sudah mempunyai kemampuan dan lahir keinginan untuk berkahwin. Tapi apakah kemampuan bagi seorang remaja yang masih lagi menuntut di bangku sekolah, yang membolehkan mereka mencari calon kekasih? Kemampuan untuk bertanggungjawab? Memberi nafkah? Jauh sekali.. Sedangkan belanja petrol motorsikal pon masih mengharapkan ihsan ibu ayah, bagaimana nak betanggungjawab, dan memberi nafkah.



Jadi apa kemampuan sebenar mereka? Tiada? Fikirkan semula... Apakah kamu masih memikirkan mereka tiada apa-apa kemampuan? Ya? Tidak? Mereka sesungguhnya ada satu kemampuan, di mana setiap lelaki akhil baligh mempunyai kemampuan yang sama. Ya..kemampuan memberikan cinta berupa layanan batin.

Nah. Jadi orientasi para couple-couple muda ini takkan kemana, melainkan menuju ke arah penzinaan. Sudah berkasih, mestilah nak merasai nikmat berkasih itu kan. Nak berkahwin, al maklum saja la kan, ibu bapa mana lah yang nak izinkan, tambahan lagi, diri sendiri pon tak mampu. Jangankan menyara isteri, nak keluarkan wang untuk belanja mas kahwin pon belum tentu ada duit. Maka inilah yang berlaku:

- Rekod tertinggi tahun 2009. Seramai 17,303 anak haram dilahirkan. Menjadikan satu hari, bersamaan dengan 45 orang. Atau 2 orang bagi setiap satu jam.
-Rekod sepanjang 5 tahun. 472 kes pembuangan bayi dilaporkan, dan 258 kes ditemui mati.
(Sumber Utusan Malaysia 17/8/10)

Jadi, adik-adik yang tengah mengaji lagi kat luar sana, teguhkan pendirian. Tak perlu kejar jodoh masa di bangku sekolah, sebab ianya akan datang bila tiba masanye. Dan jangan risau, Annur juga pernah melalui satu fasa di mana, Annur rasa diri ni tak cantik, tak laku, tak hot sebab tidak pernah ada pengalaman bercinta semasa di sekolah. Ada jugak kadang kala, terfikir yang Annur akan jadi anak dara tua sebab kawan-kawan masing-masing dah berkepit dengan boyfriend ke sana kemari, sedangkan diri, hanya berseorangan.

Jodoh kita semua dah pon di tetapkan. Jadi tak perlu lah gusar. Kalo tak, masakan orang yang paling hodoh, comot di sekolah pon berjaya berumah tangga dan berkeluarga? Pikir-pikirkan.

Annur: Pernah bercita-cita nak berkahwin dengan calon pilihan keluarga..kononnya nak merasa nikmat bercinta selepas berkahwin..hehe..

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.