Cara membantu anak berdikari

Cara membantu anak berdikari | Semakin anak anda membesar, semakin dia menyedari dirinya adalah individu yang terpisah daripada ibu bapanya. Dengan identiti yang semakin berubah, tentu sahaja si kecil perlu menjadi dirinya sendiri. Bagaimana hendak membantu anak menjadi seorang yang berdikari?

anak pandai berdikari

Panduan dalam mendidik anak-anak lebih berdikari. 


Jadikan rumah anda selamat untuk diteroka. 
Untuk membentuk sikap berdikari anak, anda mesti biarkan anak meneroka persekitarannya tanpa halangan. Itu sebabnya mengapa penting menjadikan kediaman anda selamat kepada kanak-kanak. Daripada anda asyik melarangnya dengan perkataan ‘jangan’ lebih baik simpan semua barang yang tidak selamat dipegang oleh si kecil. 


Biarkan anak anda membantu. 
Apabila si kecil melihat anda melakukan sesuatu tugas yang menarik perhatiannya seperti memasak, mengemas, menyusun perabot, dia pasti ingin turut membantu. Benarkan anak membantu anda contohnya seperti memintanya mengambilkan anda senduk untuk memasak, benarkan dia menyusun alas makan di atas meja. 


Berikan anak anda membuat pilihan dan keputusan.
Setiap ibu bapa memang telah menetapkan had tertentu kepada anak-anak tetapi adakalanya anda boleh biarkan mereka membuat keputusan walaupun ia kedengaran agak tidak masuk akal. 


Berlatih ketiadaan anda.
Anda boleh membantu anak biasa dengan ketiadaan anda menggunakan teknik masa. Contohnya tetapkan masa lima minit untuk berpisah seketika dengannya dan beritahu anak anda perlu masuk ke bilik sebelah untuk lima minit dan akan kembali sekejap lagi. Apabila dia faham tentang hal ini, maka mudah untuk persiapannya masuk ke alam prasekolah. 

Sekiranya anak anda jenis yang sukar berpisah dengan anda, dia mungkin akan ada masalah berjauhan daripada anda. Oleh itu anda harus membiasakannya untuk berasa yakin dengan perpisahan. Sekiranya anda berbuat biasa dan menganggap perpisahan bukan perkara besar, anda membantunya menghilangkan rasa takut.


Elakkan menyelinap secara bersembunyi.
Walaupun anda fikir ia cara terbaik membantu anak tidak nampak anda pergi, tetapi sebenarnya ia lebih melukakan hati si kecil. Sebaik dia menyedari anda pergi tanpa mengucap selamat tinggal, dia akan menangis dan bimbang anda tidak kembali lagi. 


Tunjukkan yang anda sayang kepadanya.
Berikan anak sokongan dalam membantunya membina keyakinan diri. Beri galakkan kepada anak setiap kali dia mencuba sesuatu perkara baharu, tetapi jangan paksanya kerana ia hanya akan membantutkan semangatnya berdikari.


Sumber : majalahmingguanwanita


Annur: Pokok pangkalnya, ibu bapa terlebih dahulu perlu meletakkan keyakinan dalam hati bahawa anak anda sebenarnya mampu berdikari.

Catat Ulasan

0 Ulasan