Susu merudum? Mengapa dan apa puncanya.

September 28, 2014
Susu merudum? Mengapa dan apa puncanya. | Penghasilan susu merudum? Pertama sekali yang harus dibuat adalah mengenalpasti masalah dan punca kenapa kekurangan susu yang berlaku. Umpamanya kerap skip jadual mengepam, kurang mengepam, stress, dsb. Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.

punca susu berkurangan


Jom ketahui Punca-punca berkurangnya penghasilan susu:

1. Salah konsep laktasi
  • Ibu tidak memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply" kerana gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini hanya berlaku melalui 'direct feed' dan mengepam. Ibu berkerjaya digalakkan untuk mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu. Bagi ibu tidak berkerja pula, anda perlu mengosongkan payudara setiap kali anak selesai menyusu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
  • Pam hanya apabila breast penuh atau bengkak. Ini memang konsep yang salah! Sebab bila breast dah bengkak baru ibu nak pam, badan akan memberi signal ke otak bahawa susu berlebihan dari keperluan anak. Jadi secara automatik badan akan mula adjust untuk mengurangkan penghasilan susu.

  • Waktu mengepam tidak konsisten. Ibu digalakkan buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab pola penyusuan setiap ibu adalah berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu. Walaupun payudara tidak membengkak atau jumlah susu yang dipam cuma 1oz sekalipun, ibu tetap perlu pam mengikut aturan jadual yang sudah dibuat.

  • Tempoh mengepam terlalu singkat. Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam. Iaitu, melakukan pam 10 minit dan rehat 5 minit selama dua pusingan sebelum beralih ke breast sebelah dengan cara yang sama. Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami let down' sekali lagi.


2. Keadaan ibu: 

Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?
-Letih
-stress
-period
-Hamil
Semua di atas juga menjadi punca susu merudum.kenapa? sebab penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (haslkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin.Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu,Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu.Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang.Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum. Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.  

3.Pengambilan air kosong tidak cukup
Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air  sekurang-kurangnya 3L sehari.Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air.Jika ibu sendiri tidak cukup air macamana nak menghasilkan  susu, betul tak?  

4.Diet harian tidak seimbang
Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan.Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu.Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik denganitu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik.Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.  

5.Pam tidak sesuai
Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai.Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction akan menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.  Jika ada budjet adalah lebih baik anda  menggunakan double pump dan mempunyai 2-phase of suction. Pam yang baik adalah yang mempunyai mekanisma yang mimic paling hampir menyerupai kepada hisapan bayi.

Sekarang, mommies dapat spot tak mana satu masalah yang menyebabkan susu kurang? Kalau ya, jom klik dan tengok Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu.

2 comments:

  1. terim kasih atas perkongsian..
    kene cube praktikan nanti..
    kalau boleh nak bf je..
    tapi tgk mbe susu sllu xckup
    risau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh.. ilmu, usaha, tekad..mesti boleh

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.