Pengaruh negatif gajet ke atas kanak-kanak

Pengaruh negatif gajet ke atas kanak-kanak | Kini ia bagaikan satu kemestian untuk setiap anak memegang gajet sendiri. Tak kira sama ada tablet, telefon pintar atau pun permainan video. 

Tablet pada awalnya kita perkenalkan kepada anak kononnya untuk menarik perhatian mereka agar duduk diam dan tidak buat hal. Maka mudahlah kita melakukan kerja rumah, memasak, dsb. 

kesan buruk gadget,anak jadi tantrum, speech delay, autism
Sumber amazon.com

Bagi ibu bapa yang tidak menyediakan gajet tersebut untuk anak-anak mereka, mungkin akan dijeling kerana beranggapan kedekut. Hakikatnya, ibu bapa tersebut bertindak sebaiknya kerana telah menyelamatkan anak-anaknya daripada risiko ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak.

Menurut kajiselidik oleh British Paediatrics Journal, rata-rata kanak-kanak menghabiskan masa dengan gajet 7-10 jam sehari. Namun tempoh yang disarankan adalah tidak lebih dari 4 jam sehari. Namun bukan bermakna 4 jam tanpa henti, tetapi 4 jam keseluruhan untuk tempoh satu hari.

Berikut merupakan beberapa kesan yang signifikan terhadap penggunaan gajet secara berlebihan:

·         Withdrawal syndrom. Apabila gajet mereka anda rampas, mereka terus berubah angin dan sangat tertekan. Tujuan anda adalah untuk mengawal ketagihannya terhadap gajet, namun ia berubah menjadi lebih rumit kerana anak anda akan cenderung bertindak biadap dan kasar selagi anda tidak memulangkan gajet mereka.

·         Mereka lebih banyak menguasai visual (melihat) berbanding auditori (mendengar). Keadaan ini boleh menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas semasa cikgu mengajar.

·         Kuarng minat dengan aktiviti lain seperti beriadah, melakukan hobi, malah lebih teruk mereka tidak berminat untuk makan, mandi dan tidur.
·         Kurangnya interaksi antara anak dengan ibu bapa kerana mereka sibuk bermain gajet. Mereka juga tidak akan menghiraukan anda bila anda meminta pertolongan dari mereka.

·         Perkembangan bahasa dan pertuturan lemah. Mereka sangat handal berkomunikasi dalam bentuk texting atau menaip, namun mereka lemah dalam komunikasi sebenar yang melibatkan face-to-face lalu mendorong mereka mengelak dari bertemu orang ramai.

·         Hilang nilai murni dan adab sopan. Mereka kurang bercakap dan berada dalam dunia sendiri tidak kira tempat dan masa. Lihat saja pada Hari Lebaran sebulan yang lepas, kanak-kanak kini berat dan enggan berjalan beraya. Malah ketika menziarahi datuk nenek pun mereka duduk di suatu sudut, dengan gajet di tangan.

·       Hilang daya tumpuan. Beberapa kajian mengenai penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autism atau sukar memberi           perhatian.

·          Risiko mengalami rabun silau atau astigmatism. Rabun silau disebabkan berubahnya titik fokus mata kesan daripada postur yang salah. Tabiat bermain gajet dalam keadaan berbaring, meniarap, dan mengiring dalam tempoh yang panjang, merupakan faktor utama penyumbang rabun silau.

·         Perkembangan saraf motor lembap. Terlalu kerap menyentuh skrin tablet atau telefon bimbit menyebabkan kemahiran motor halus (pergerakan jari) mereka kurang berkembang.

·         Mereka mengalami risiko masalah postur dimana menyebabkan kesan jangka masa panjang ke atas perkembangan sendi dan tulang.

.           Masalah kegemukan dan obesiti meningkat kerana kurangnya aktiviti fizikal dan kardio. Selain itu juga mereka cenderung untuk menjadi tidak produktif atau dipanggil couch potato (selesa duduk dan baring berjam-jam menonton TV, video, bermain game dsb.)

Annur: Mommies  lepas ni boleh la lupakan hasrat menghadiahkan gajet kepada anak.. Lebih baik beli Pen Digital Al Quran...lagiii afdal.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. xtaw nk ckp apa. dah jadi trend dh skrg ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaann...
      memang susah nak bendung

      Padam
  2. Kadang-kadang kita tak bagi tapi bila balik kampung tengok ank sedara ada mesti nak jugak (~.~)

    Salam perkenalan. Done follow. Jemput la ke blog

    http://butikgebugebu.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3..kalau tak bagi, dia mintak yang org pulak..lagi malu

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y