Petua bagi masalah anak lambat bercakap

Mencecah umur 18 bulan, ada kanak-kanak yang dah mula bercakap. Boleh sebut “mama, ayah, tata, nak, bye”. Namun ada juga yang belum bercakap. Tapi selagi anak belum mencecah usia genap 2 tahun, ibu bapa masih sempat ajar sendiri anak anda di rumah.
tips anak lambat bercakap

Terdapat sesetengah kanak-kanak yang tidak suka dipaksa meniru perkataan. Kita sebut, dia angguk saja. Jadi ibu bapa kena banyak bermain bersama anak supaya mereka tidak rasa seperti dipaksa. 

Contoh aktiviti:

Mainan haiwan. 
Reka cerita sambil bermain. “Lembu ni cari baby dia. Dia panggil moo moo….mana baby ni…mooo”. “Itik ni nak mandi…pap pap pap…gosok gigi pap pap pap…basuh kaki….pap pap pap”. “Singa ni nak makan lembu…aum aum…makan lagi aumm…”

Mainan puppet. 
Pakai teddy bear sorok tangan belakang bantal pun boleh. Main ulang-ulang saja, seperti main aum cak. Tapi dalam aktiviti ni, sebut nama anak. Kemudian apabila nak menyorok semula ke belakang bantal, sebut “bye”. Anda boleh buat seperti suspen dan geletek juga. Anak-anak mesti suka.

Main bubbles. 
Anda boleh ajar anak sebut “pop pop pop” setiap kali belon dipecahkan. Apabila semua dah pecah, sebut “habis”. Kalau dia nak lagi, dia kena sebut “nak” atau “lagi”. Jadi anda mesti tunggu respon dia. Ulang banyak kali sampai dia faham yang dia kena sebut dulu, baru dapat bubbles.

Menyanyi. 
Biasakan nyanyi lagu yang sama setiap hari, 4-5 kali sehari. Kemudian anda tunggu dia habiskan perkataan terakhir dalam ayat lagu tersebut. Contoh “happy birthday to….” dia kena sambung “you”.

Pengukuhan tahap kefahaman. 
Latih anak mengenal anggota badan, barang di dalam rumah, menunjuk gambar di dalam buku dan mengikut arahan yang diberikan.

Sambil anda bermain, beri perhatian akan perkara berikut:
– pandangan mata
– kemahiran dan minat dia terhadap permainan yang diberikan
– kebolehan meniru perbuatan yang ditunjukkan
– respon yang diberikan apabila namanya dipanggil secara tiba-tiba

Jika anak telah masuk usia 2 tahun, tetapi masih tidak bercakap, maka anda mestilah bertindak dengan merujuk anak anda kepada mana-mana speech therapist berhampiran.


No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.