10 tip merangsang otak bayi

Memiliki anak yang soleh, sihat dan pintar adalah idaman setiap ibu bapa. Tentu sahaja kita akan berbangga memiliki anak sebegini. Ramai yang berpendapat bahawa kecerdasan mahupun kebijaksanaan anak itu adalah warisan ibu bapanya, namun ianya sukar berlaku jika anak tersebut tidak dirangsang dari awal. 
petua rangsang otak bayi

Kajian menunjukkan bahawa ketika usia kandungan 6 bulan, bayi sudah boleh merasai apa yang berlaku di sekelilingnya. Antara yang kita boleh lakukan ketika anak di dalam kandungan bagi merangsang otaknya adalah mengambil diet serta nutrisi yang baik dan berkahsiat. 

Komunikasi juga menurut sesetengah kajian akan merangsangnya. Ketika anak sudah dilahirkan, teruslah berkomunikasi dengan anak. Banyakkan sentuhan dan pelukan. Ini semua membantu merangsang otaknya dengan baik.

Berikut adalah 10 tip yang boleh anda lakukan bagi merangsang otak bayi:

  • Urutan yang santai dapat merangsang sel saraf otak bayi.
  • Berbual dengan bayi walaupun dia tak memahami apa yang dikatakan oleh ibu bapanya.
  • Muzik juga dapat memberikan suasana yang merangsang buat bayi. Alunan ayat-ayat Al-Qur’an serta bacaan Al-Mathurat sangat cepat merangsang sel-sel otak.
  • Mulakan pembelajaran ringan yang santai dengan membacakan buku cerita Kisah Nabi-Nabi sambil menunjukkan gambar-gambar di dalam buku tersebut.
  • Bawalah bayi anda keluar dan melihat keindahan alam dan makhluk di sekelilingnya.
  • Memeluk dan menyentuh bayi adalah salah satu rangsangan untuk otaknya. Lakukan sekerapnya!
  • Bermainlah dengan bayi. Dia pasti gembira dan bahagia.
  • Bermain dengan cermin sambil melakukan pergerakan supaya bayi faham konsep cermin. Tanda bayi faham (cermin adalah refleksi pada dirinya) adalah apabila bayi mula menunjukkan reaksi teruja dan tersenyum melihat cermin.
  • Bercerita dengan jalan cerita tentang apa yang anda telah lakukan bersama bayi anda semalam dan hari ini. Seperti berbicara dalam diari. 
  • Menunjukkan flashing cards yang berkaitan tubuh badan manusia dan haiwan. Ransangan yang terlibat adalah rangsangan visual dan meningkatkan photographic memori bagi bayi anda.

1 comment:

  1. Anonymous05:08

    orang tua2 kata xbaik bg bby main cermin

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.