penawar sakit belakang-biobax

Tips merangsang bayi cepat bercakap

8:11 PM

Tips merangsang bayi cepat bercakap | Memang lucu kan bila bayi anda mengeluarkan butir bicara yang langsung takleh difahami kan. hihi Tapi sebenarnya kalau bayi korang dah mula menunjukkan minat bercakap dengan caranya sendiri, korang perlu merangsangnya agar lebih cepat skill lisan dan pertuturannya develop. So sini ada beberapa tips merangsang bayi cepat bercakap.

Tips merangsang bayi cepat bercakap

Tip berikut boleh digunakan sebagai usaha merangsang bayi bercakap lebih cepat.



Interaksi sosial

Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya boleh membantu usaha bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.


Rajin berbual dengannya

Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak dari lahir akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia memang tak faham apa yang kita cakapkan tapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya. So ibu, rajin-rajin bersembenag dengan baby ye.

Beritahu nama semua objek

Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.

Bercerita sebelum tidur

Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar je tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.

Bentuk ritma yang sama

Tahukah ibu-ibu? Dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama boleh membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya. Annur selalu menyanyikan lagu, "Ibu, ibu..engkaulah ratu hatiku.." Dan hasilnya, anak Annur berjaya menyebut perkataan "ibu" dengan fluent dan betul, tanpa sedikit pelat.

Kuasa ulangan berkali-kali

Menyuruh bayi mengulang kembali perkataan yang ibu sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.



Selamat mencuba!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.