penawar sakit belakang-biobax

Tips Penyusuan Paling Penting

12:44 PM

Mana ada ibu yang tak nak menyusukan anak.. semua ibu nak menyusukan anak, cuma dapat atau tidak je.. ada ibu yang beritahu mereka memang ditakdirkan tiada susu, betul ke? Apa tips penyusuan paling penting sebenarnya?

    -Pam kerap?
    -Minum air kosong banyak?
    -Demand and supply?

Atau ada lagi lebih penting?


Yang sebenar-benarnya, tips penyusuan paling penting ialah ILMU PENYUSUAN. Ramai ibu yang mengabaikan ilmu ni, kerana beranggapan, bersalin nanti naluri keibuan tu akan memandu kita menyusukan anak.. Ya,semua ibu nak menyusukan anak. Tapi berapa ramaikah yang berjaya?

Justeru, ketahuilah bahawa perkara yang paling penting dalam penyusuan ni ialah ILMU. Bila kita tahu kenapa susu lambat dihasilkan sebaik sahaja dilahirkan, kenapa bayi yang baru lahir tidak boleh menggunakan botol susu, kenapa perlu pam sekerap yang mungkin, kenapa perlu minum air banyak, walhal mak-mak kita melarang minum banyak air dalam pantang.

Adakah susu ibu cukup? 
adakah bayi kenyang? 
perlu ke bagi air masak pada bayi? 

semua persoalan-persoalan ini perlu kita fahami supaya kita tak cepat menggelabah, tak melatah dan mendengar cakap orang yang bayi tak kenyang dengan susu ibu dan sebagainya. 

Bila kita berilmu, kita akan dapat meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif dengan tenang. 

Jadi, untuk ibu-ibu di luar sana, perkara paling utama, penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penyusuan. Banyakkan membaca buku, search tips penyusuan di internet, tanya mereka yang berpengalaman menyusukan bayi, dan apa cara sekali pun supaya kita boleh dan mampu menyusukan anak kita sendiri.

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang macam Annur yang belum ada rezeki menyusukan anak tanpa campuran susu formula, insyaAllah, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan seterusnya dapat disusukan dengan eksklusif.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.