Bersalin melalui pembedahan caesarean. Boleh pilih ke?

bersalin melalui pembedahan

Ramai ibu yang ngeri apabila mengetahui yang mereka bakal bersalin secara pembedahan atau caesar. Namun, bagi saya yang telah melalui sendiri pengalaman bersalin secara caesarian ni, ada kelebihannya. 

Secara amnya kelebihan bersalin normal adalah lebih baik berbanding pembedahan caesarean. Malah kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan kerana walaupun pembedahan caesarean adalah pembedahan biasa, namun kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri.

 Berikut ialah kelebihan bersalin caesarian :

    -Boleh memilih hari kelahiran– ini membolehkan si ibu membuat persedian yang cukup dari segi fizikal, mental, rohani serta boleh mengatur segala hal diluar kelahiran seperti jadual kerja dan sebagainya. Ibu juga boleh memilih tarikh yang cantik dan mempunyai makna tertentu

    -Tidak merasa sakit bersalin, dan tidak perlu menahan sakit contraction menunggu serviks terbuka 10 cm. Satu keuntungan kerana tak perlu melalui detik paling menggerunkan merasai contraction yang kuat ketika bersalin normal.

     -Proses kelahiran singkat. Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan.

    -Juga tidak perlu dijahit dibahagian vagina. Sudah pasti tiada trauma ketika habis pantang dan ingin bersama suami nanti

    -Masa kelahiran tepat tiada istilah terlambat ke hospital ,bersalin dalam kereta, dirumah atau sebagainya

    -Mencegah penularan jangkitan pada janin bagi wanita yang menghidap kanser serviks biasanya akan dinasihatkan bersalin cara ini kerana ini boleh mengelakkan jangkitan daripada ibu kepada anak

   -Risiko otot koyak daripada mereka yang bersalin normal dapat dikelakkan. Ia juga mengelakkan komplikasi koyak dibahagian dubur dan faraj ketika proses kelahiran.

Apapun cara bersalin, itu rezeki masing-masing. Yang penting, ibu dan anak sihat dalam proses kelahiran tersebut. Alhamdulillah, Annur dah merasa bersalin caesarean! Takut pada mulanya, tapi setelah diharung pengalamannya, baru Annur nampak bahawa perkara-yang-ngeri ini juga ada kelebihannya!

Jadi, mommies to be, jangan resah jangan bimbang sekiranya anda perlu melalui pembedahan. Ingat dalam hati bahawa aturan Allah itu juga yang terbaik! Selamat menjalani prosedur ceasar dan menimang cahaya mata.


Artikel berkaitan: Hamil Semula Selepas Pembedahan Caesarean

Catat Ulasan

0 Ulasan