Mencari Hakikat Kebahagiaan dan Cara Mencapainya

Mencari hakikat kebahagiaan dan Cara mencapai kebahagiaanBuya Hamka ada menyebut; "Kebahagiaan ini lah yang senantiasa dicari oleh ramai orang, tetapi ramai yang tersesat lantaran tidak tahu kemana bahkan ramai yang tidak tahu bahagia itu apa." 
Tips Hidup Tenang Dan Bahagia
Apakah punca kebahagiaan? Adakah pada kuasa? Pada harta? Atau rupa paras? Jom kita sama-sama mencari hakikat kebahagiaan dan bagaimana mencapainya

Imam al-Ghazali berkata: "Bahagia ialah ketikamana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT"

Aristotles pula menyebut "Bahagia itu ialah suatu kesenangan yang dicapai oleh setiap orang menurut kehendaknya masing-masing"


konsep kebahagiaan menurut islam,Mencari hakikat kebahagiaan. cara nak bahagia, tips untuk bahagia, macam amna nak bahagia
Mencari hakikat kebahagiaan dan bagaimana mencapainya
مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
(Surah An -Nahl:97)
Maksudnya:
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."

Maknanya di sini, Allah telah menjanjikan kebahagiaan dan kehidupan yang baik di dunia lagi, buat orang-orang yang beramal soleh.


Hakikat sebenar kebahagiaan

Bahagia yang sebenar adalah keadaan rohani yang mampu adapt dalam setiap perubahan. Bila hati kita berpegang teguh dan bergantung sepenuhnya hanya pada Allah, nescaya masa kaya, kita tak gundah, masa miskin kita tak susah, masa sihat kita syukur, masa sakit kita tabah dan sebagainya.

Tips dan cara agar hidup bahagia

1- Wujudkan iman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. 
Kerana imanlah yang akan memberi kekuatan di dalam diri kita untuk memancarkan sinar kesabaran, ketabahan dan tawakkal yang tinggi kepada Allah.

2. Percaya dan yakin dengan kemampuan Allah. 
Allah maha berkuasa melakukan segala sesuatu termasuk menukarkan sedih kepada gembira, dari sulit menjadi mudah, dari serba kekurangan menjadi cukuo. Kita juga perlu percaya akan takdir Allah, sama ada baik atau buruk, semua pada dasarnya adalah dari ketetapan Allah. Allah mengetahui segala sesuatu sebelum terjadi.

3. Ubah tabiat buruk. 
Mengeluh, dan berputus asa dan menyalahkan orang lain. Sebaliknya, carilah kelebihan dalam diri kita agar dapat kita gunakan untuk terus berusaha. Namun harus diingat, bahagia bukan datang dari pemimpin, bukan dari rumah yang bertingkat-tingkat, atau kereta yang mewah, bukan juga dari barang kemas yang berjurai-jurai, tetapi adalah dari hati, yakni dari dalam diri kita sendiri.

4. Untuk bahagia, perlu bahagiakan orang lain. 
Menjadikan kehadiran kita di mukabumi ini bermanfat dan berguna. Umpama pohon kurma, yang setiap daripada bahagian dari pohonnya, boleh dimanfaatkan. Nabi S.A.W mengatakan "Manusia yang paling disayangi Allah adalah manusia yang paling bermanfaat untuk sesama manusia."

5. Tetapkan halatuju dan matlamat hidup. 
Semakin jelas matlamat hidup semakin mudah kita nampak jalan dan arah menuju kebahagiaan.


Hilangkan stress, kita tak perlu susah.

Untuk apa kita hidup susah? Hidup ini adalah sementara, dan dunia ini pula adalah suatu masalah dimana masalahanya tidak pernah berkurangan, bahkan semakin update, dan upgrade dari suatu masa ke semasa. 

Cuba perkecilkan permasalahan, hidup sederhana dan jangan perbesar-besarkan masalah. Elakkan stress, panik dan ketegangan mental dalam mengejar cita-cita dunia, yang padahal kita tak mampu kecapinya. 
ayat al quran tentang kebahagiaan dunia dan akhirat
Jangan sampai keghairahan kita mengejar cita-cita, membunuh nilai kasih sayang, karakter dan personaliti kita.
konsep kebahagiaan menurut islam
Dengan sebab itulah, doa yang kita dambakan kedua-dua kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi kehendak dan tuntutan kita. 
konsep kebahagiaan menurut islam
Benarlah firman Allah SWT: 

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". Surah al-Baqarah (201) Semoga Allah SWT menaungi kita dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta disisihkan daripada kecelakaan dalam hidup. Amin.
konsep kebahagiaan menurut islam
Mamy Syu: Berpada-pada sudah lah kejar yang duniawi ni. Terlampau menaruh harapan pun akan buat kita lagi stres dan kecewa.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Do not stress, especially about things that we cannot control or change.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y