Harga Minyak Malaysia Naik dan Terus Naik

October 02, 2014
minyak-naik-lagi
Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk, terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji., jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si Sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si Phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak sanggup hilang perikemanusiaan.

2 comments:

  1. tinggalkan jejak kat sini
    jgn marah..kerajaan tak sengaja..
    hahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sengaja ter-naik harga..macam tu??
      terpaksa kurangkan subsidi...hadooiii

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.