Masalah Kencing Kotor Ketika Mengandung, Bahaya Tak?

Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) adalah common di kalangan wanita mengandung. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan di dalam salur kencing dimana menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Penambahan saiz uterus juga akan memberi tekanan ke atas pundi kencing dan menghalang pengosongan air kencing secara total dari pundi kencing. Air kencing yang terkumpul dan bertakung ini juga boleh menggalakkan berlakunya jangkitan.

rawat kencing kotor, cara hilangkan kencing kotor, Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) adalah common di kalangan wanita mengandung. Kencing kotor dan kehamilan

Apakah urinary tract infection?

Urinary tract infection atau UTI merupakan jangkitan dalam sistem perkumuhan yang terdiri daripada:
  • Buah pinggang / ginjal
  • Ureter (tiub yg menghubungkan ginjal ke pundi kencing) 
  • Bladder atau pundi kencing
  • Urethra (tiub pendek yg membawa air kencing dari pundi kencing keluar dari badan)
Jangkitan biasanya berlaku di urethra dan pundi kencing, namun ia juga boleh merebak dari pundi kencing ke ureter dan ginjal.

Air kencing secara semulajadinya tiada bakteria. Mana datangnya bakteria?

- Hubungan kelamin
- Amalan mencuci dubur dari belakang-ke-depan selepas buang air besar.
- Catheters (tiub yg dimasukkan ke punci kencing untuk mengeluarkan air kencing)
- Mandi / berenang di kolam atau sungai tercemar.

Kencing kotor yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi pada kandungan dan menyebabkan kelahiran bayi pramatang.  So mommies out there. Korang masih lagi rasa yang masalah kencing kotor ini merupakan suatu masalah yang remeh or what?

Baca juga: Buasir dan kehamilan


Bagaimana untuk mengetahui sama ada saya mempunyai kencing kotor?

     Simptom-simptom urinary tract infection termasuklah:
       - Rasa nyilu dan perit ketika membuang air (burning sensation)
       - Mengalami kesukaran membuang air kecil
       - Kerapkali ke tandas
       - Kesukaran mengawal kencing atau kerap tercicir
       - Berasa sengal dan kejang di bahagian ari-ari dan pinggul
       - Air kencing yang berbau kuat dan berwarna gelap

Sekiranya saya mengesyaki saya mengalami kencing kotor, apa perlu saya buat?

Jika korang syak yang korang sekarang ni tengah menderita akibat UTI, cepat-cepat pergi berjumpa dengan doktor. Biasanya aku dapatkan rawatan kat klinik swasta je. Sebab mudah untuk aku pilih klinik yang doktornya perempuan. Di klinik, doktor akan menguji air kencing kita untuk memeriksa kehadiran bakteria, sel darah merah dan sel darah putih.

Air rebusan akar kayu benar-benar dapat merawat masalah kencing kotor?

Walaupun gejala dan simptom UTI hampir menyerupai batu karang (crystalluria), namun kaedah rawatannya sebenarnya berbeza. 

Bagi sakit kencing kotor yang disebabkan dari batu karang, memang banyak rawatan herba alternatif untuk merawatnya. Namun bagi UTI atau urinary tract infection , ia merupakan masalah jangkitan kuman / bakteria dan hanya boleh dirawat dengan ubat pembunuh kuman atau juga dikenali sebagai antibiotik. 

Antibiotik yang efektif bagi merawat kencing kotor namun selamat untuk ibu mengandung?

-Ampicillin 
-Cephalexin (alternatif bagi yg alah kepada penicillin)
-Nitrofurantoin (jarang-jarang digunakan)
-Sulfisoxazole (jarang-jarang digunakan)

Berapa lama rawatan ini dapat melegakan kencing kotor saya?

Simptom kencing kotor akan beransur hilang selepas 3 hari rawatan, namun korang perlu menghabiskan antibiotik korang seperti yang diarahkan doktor, walaupun rasa sakit tu dah hilang. Selain tu korang juga mungkin akan diberikan juga ubat pelawas kencing. So korang digalakkan untuk minum air kosong dengan kerap bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan.


Apakah langkah untuk mengelak kencing kotor berulang lagi?

     - Minum sekurang-kurangnya 2L air sehari
     - Basuh dubur/jubur dengan mengesat dari depan ke belakang
     - Buang air dahulu, dan cuci bersih alat intim sebelum/selepas melakukan hubungan
     - Jika korang perlukan pelincir, gunakan pelincir berasaskan air.(water-based lubricant)
     - Cuci alat intim atau mandi wajib dengan segera sebaik selepas melakukan hubungan
     - Elakkan feminine wash yang ada pewangi dan deodoran
     - Elakkan mencuci alat intim dengan sabun buku, gunakan pencuci cecair.
     - Mandi dengan air shower, atau air lalu. Elakkan mandi berendam.
     - Gunakan seluar dalam dari jenis cotton
     - Elakkan dari memakai seluar dalam ketat.


Annur: Semoga kandungan mommies selamat sehingga melahirkan ye! amin

Catat Ulasan

0 Ulasan