Kendali selesema dengan efektif


Tiupan angin monsun sekitar September hingga Disember biasanya membawa udara sejuk, lembap dan hujan. Cuaca sejuk dan lembap akan menyebabkan selesema mudah merebak menjadi wabak seperti influenza. Jadi amat penting untuk kita tahu bagaimana mencegah selesema atau mengubati jika terkena jangkitan virus flu.

Tiupan angin monsun sekitar September hingga Disember biasanya membawa udara sejuk, lembap dan hujan. Cuaca sejuk dan lembap akan menyebabkan selesema mudah merebak menjadi wabak seperti influenza. Jadi amat penting untuk kita tahu bagaimana mencegah selesema atau mengubati jika terkena jangkitan virus flu.        Selsema biasa boleh disebabkan oleh lebih 200 jenis virus. Selsema boleh berlaku sepanjang tahun dan kanak-kanak mungkin boleh dijangkiti 6 kali setahun. Jika gejala selsema berlanjutan lebih dari dua minggu, atau kerap mendapat selsema, berkemungkinan ianya adalah alergi atau resdung.    Gejala selesema  Hidung berair, merah mata, bersin, sakit tekak, batuk kering, sakit kepala dan sakit-sakit sendi dan badan. Ianya boleh berlanjutan selama satu atau dua minggu setelah satu atau dua hari dijangkiti. Semakin lama selsema, semakin pekat lendir mukus.    Penjagaan kendiri  -Amalkan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup dan bersenam untuk meningkatkan daya tahan penyakit.  -Tutup mulut apabila bersin. Jangan letak tangan di mata, hidung dan mulut.  -Basuh tangan dengan kerap terutamanya jika orang sekitar anda juga mengidap selsema.  -Berhenti merokok.  -Dapatkan rehat secukupnya jika mengidap selsema. Jangan sebarkan pada orang lain.  -Minum banyak air. Air atau sup panas akan melegakan.  -Mandi air panas untuk melegakan hidung tersumbat.  -Sedut wap udara panas, campuran yang mengandungi bahan pengewapan seperti mentol atau eucalyptus untuk mencairkan kahak.  -Jaga bahagian tekak - berkumur selalu untuk mencegah sakit tekak.  -Memilih sediaan am  Ada banyak jenis ubat am yang boleh merawat gejala selsema. Ubat-ubat ini biasanya melegakan sahaja dan tidak dapat mengubah/mengurangkan tempoh jangkitan.    Menggunakan ubat titis hidung  'Decongestants' melegakan hidung yang tersumbat dengan cara menyempitkan salur darah, melebarkan saluran hidung dan seterusnya melambatkan penghasilan mukus. Sediaan semburan/ titisan 'decongestant' melegakan hidung tersumbat lebih cepat tetapi penggunaanya terhad untuk 7 hari sahaja. Penggunaan secara berterusan akan menyebabkan kesannya berkurangan.    Jenis drug: Ephedrine, Pseudoephedrine, Phenylephrine, Xylometazoline.    Pengambilan analgesik untuk melegakan demam atau sakit-sakit otot jika perlu.  Contoh : Paracetamol, Ibuprofen.    Pengambilan ubat anti-histamine  Antihistamin bertindak mengeringkan lelehan hidung/ hingus. Jika perlu ianya boleh diambil. Antihistamin boleh menyebabkan mengantuk dan sesiapa yang mengambilnya perlu mengelak dari mengendalikan jentera atau sebarang kerja yang memerlukan tumpuan.    Berhati-hati jika mengambil antihistamin yang tidak mengantuk kerana sesetengah individu tetap akan berasa mengantuk. Antihistamin boleh meningkatkan kesan alkohol dan ubat-ubat lain.  Contoh Antihistamin (mengantuk) - Diphenhydramine, Promethazine, Triprolidine  Contoh Antihistamin (tidak mengantuk) - Cetrizine, Loratidine, Terfenadine.    Bila perlu berjumpa doktor  Dapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami gejala berikut:  -Sakit dibahagian muka, demam atau tanda-tanda resdung.  -Berlaku perubahan dari tidak berwarna kepada kekuningan atau kehijauan pada hingus/kahak selepas lima ke tujuh hari mengalami selsema, dan gejala lain (seperti demam atau sakit resdung) semakin teruk.


Selsema biasa boleh disebabkan oleh lebih 200 jenis virus. Selsema boleh berlaku sepanjang tahun dan kanak-kanak mungkin boleh dijangkiti 6 kali setahun. Jika gejala selsema berlanjutan lebih dari dua minggu, atau kerap mendapat selsema, berkemungkinan ianya adalah alergi atau resdung.

Gejala selesema

Hidung berair, merah mata, bersin, sakit tekak, batuk kering, sakit kepala dan sakit-sakit sendi dan badan. Ianya boleh berlanjutan selama satu atau dua minggu setelah satu atau dua hari dijangkiti. Semakin lama selsema, semakin pekat lendir mukus.

Penjagaan kendiri ketika selsema

-Amalkan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup dan bersenam untuk meningkatkan daya tahan penyakit.
-Tutup mulut apabila bersin. Jangan letak tangan di mata, hidung dan mulut.
-Basuh tangan dengan kerap terutamanya jika orang sekitar anda juga mengidap selsema.
-Berhenti merokok.
-Dapatkan rehat secukupnya jika mengidap selsema. Jangan sebarkan pada orang lain.
-Minum banyak air. Air atau sup panas akan melegakan.
-Mandi air panas untuk melegakan hidung tersumbat.
-Sedut wap udara panas, campuran yang mengandungi bahan pengewapan seperti mentol atau eucalyptus untuk mencairkan kahak.
-Jaga bahagian tekak - berkumur selalu untuk mencegah sakit tekak.
-Memilih sediaan am
Ada banyak jenis ubat am yang boleh merawat gejala selsema. Ubat-ubat ini biasanya melegakan sahaja dan tidak dapat mengubah/mengurangkan tempoh jangkitan.

Menggunakan ubat titis hidung

'Decongestants' melegakan hidung yang tersumbat dengan cara menyempitkan salur darah, melebarkan saluran hidung dan seterusnya melambatkan penghasilan mukus. Sediaan semburan/ titisan 'decongestant' melegakan hidung tersumbat lebih cepat tetapi penggunaanya terhad untuk 7 hari sahaja. Penggunaan secara berterusan akan menyebabkan kesannya berkurangan.

Jenis drug: Ephedrine, Pseudoephedrine, Phenylephrine, Xylometazoline.

Pengambilan analgesik untuk melegakan demam atau sakit-sakit otot jika perlu.
Contoh : Paracetamol, Ibuprofen.


Pengambilan ubat anti-histamine

Antihistamin bertindak mengeringkan lelehan hidung/ hingus. Jika perlu ianya boleh diambil. Antihistamin boleh menyebabkan mengantuk dan sesiapa yang mengambilnya perlu mengelak dari mengendalikan jentera atau sebarang kerja yang memerlukan tumpuan.

Berhati-hati jika mengambil antihistamin yang tidak mengantuk kerana sesetengah individu tetap akan berasa mengantuk. Antihistamin boleh meningkatkan kesan alkohol dan ubat-ubat lain.
Contoh Antihistamin (mengantuk) - Diphenhydramine, Promethazine, Triprolidine
Contoh Antihistamin (tidak mengantuk) - Cetrizine, Loratidine, Terfenadine.


Bila perlu berjumpa doktor

Dapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami gejala berikut:
-Sakit dibahagian muka, demam atau tanda-tanda resdung.
-Berlaku perubahan dari tidak berwarna kepada kekuningan atau kehijauan pada hingus/kahak selepas lima ke tujuh hari mengalami selsema, dan gejala lain (seperti demam atau sakit resdung) semakin teruk.

Catat Ulasan

0 Ulasan