penawar sakit belakang-biobax

Perniagaan Online: Biar telus dan jujur

4:13 PM
Assalamualaikum | Negara telah mengalami kemerosotan ekonomi dua penggal berturut-turut dan kita telah dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup yang bertimpa-timpa. Keadaan ini telah memaksa kita sebagai rakyat melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak. Salah satu jalan membantu menambah pendapatan adalah dengan berniaga secara online.

Perniagaan di atas talian semakin popular di Malaysia dalam tiga tahun kebelakangan ini. Jika dulu, masyarakat mempertikaikan kebolehpecayaan peniagaan internet kerana ia sering dikaitkan dengan penipuan dan memanipulasi harga. Namun kini masyarakat di Malaysia semakin terbuka dan selesa membeli dari peniaga-peniaga atas talian.

Realibiliti masyarakat adalah berdasarkan sifat bertanggungjawab dan jujur dalam menjalankan perniagaan. Jadi janganlah ada di antara kita, peniaga-peniaga online yang mencemarkan reputasi online bussiness dengaan penipuan dan sifat ketidaktelusan dalam berurus niaga.

Berniaga berpandukan Islam
Sedangkan dalam Islam sendiri telah menggariskan beberapa panduan dalam berniaga. Panduan berniaga ini bukan tertakluk pada peniaga yang mempunyai premis seperti kedai runcit atau peniaga yang berurusniaga secara berdepan sahaja, malah panduan dan etika berniaga ini juga melibatkan semua peniaga termasuk peniaga online.

Jadi, Annur ingin menyeru kepada rakan-rakan agar menjaga keharmonian arena perniagaan online dan saling mendukung antara satu sama lain walaupun kita meniaga produk dan brand yang sama. Jangan ada yang dengki-mendengki, cantas-mencantas dan saling menjatuhkan perniagaan satu sama lain.

Hentikan budaya "Sila PM untuk mendapat harga"
Pesanan buat diri Annur juga, adalah ketelusan dan kejujuran. Berniaga mesti pamerkan HARGA BARANG. Budaya "Siapa berminat, sila PM" atau "PM for price" adalah salah satu budaya dan taktik yahudi berniaga. Apabila harga disembunyikan, maka mudahlah mereka memanipulasi harga mengikut nafsu dan keadaan.

Selain itu, budaya "PM-PM" juga turut menyusahkan pembeli untuk membandingkan harga dengan kedai online yang lain. Secara tidak langsung kita sebenarnya telah menafikan hak pengguna dalam membuat pilihan.

Sekian sahaja dari Annur. Entri ini sudah lama berlegar dalam fikiran, cuma hari ini baru dapat dimuntahkan di atas papan kekunci. Banyak sudah yang Annur perhatikan, sebenarnya mentaliti kita masih belum matang dalam perniagaan terutamanya dari aspek penerimaan persaingan.

pernigaan online secara islam
Saya puji sifat tegas admin FbGroup mamapapa n baby



No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.