Atasai kekejangan dengan Biolife Calcium-Magnesium Plus

Atasai kekejangan dengan Biolife Calcium-Magnesium Plus, review bio-life calcium magnesium plus


CALCIUM MAGNESIUM PLUS
BIO LIFE CALCIUM MAGNESIUM PLUS (old packaging)
( Twin pack ) ± RM 35.90

Produk ni aku makan masa mengandung dulu, sebiji tiga kali sehari. Alhamdulillah, memang tak kena simpul biawak / sentak mengkarung / kekejangan atau apa saja yang berkenaan dengannya. Its simply very recommended. Review kali ni sedikit berbeza sebab aku akan huraikan dari sudut pandang saintifik, farmakologi dan lebih ilmiah.

Apakah kepentingan kalsium?
Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan ketumpatan tulang, menguatkan gigi, serta mencegah osteoporosis (tulang reput).

-Ion-ion kalsium dalam aliran darah berfungsi sebagai "pembawa" nutrien merentasi membran sel.

-Kalsium juga memainkan peranan dalam penghantaran maklumat saraf, gerakbalas pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot terutama otot kardiak (jantung).

-Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet harian, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai.

-Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun.


So apa kena mengenanya pula dengan magnesium? 
-Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.
-Magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid (PMS), membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.


Bentuk sediaan : Tablet
-Sediaan kalsium dalam produk ini adalah berbentuk kalsium sitrat (calcium citrate).
-Kajian menunjukkan sebatian kalsium sitrat mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk sebatian kalsium yang lain. 
-Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.


Fakta keperluan kalsium pada ibu hamil
-Kalsium-Magnesium elak kekejangan atau simpul biawak bagi ibu mengandung! 
-Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung. 
-Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium/jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg - 300 mg kalsium sehari!
-Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja, manakala Magnesium merehatkan otot.
-Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.
-Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran.


Kebaikan
-Tak perlu makan dua biji supplement untuk satu tujuan yang sama. sebab ia dah dikombinasikan dalam satu tablet.
-Jimat (kalau beli yang twin pack)


Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y