Tips melatih anak memberus gigi sejak bayi

Annur ada sedikit panduan yang ingin dikongsikan buat ibu-ibu bagi melatih anak memberus gigi berdasarkan pengalaman mama Annur dan Annur sendiri.

Berikut merupakan beberapa cara mudah melatih bayi menggosok gigi.

1. Mulakan menggosok gigi seawal gigi pertama kelihatan keluar menembusi gusi.
Benar, gigi masih terlalu kecil dan sedikit untuk digosok. Tujuan utamanya adalah bagi membiasakan bayi dengan rutin menggosok gigi. Amalkan dua kali sehari pagi dan petang, pada waktu dan jam yang sama setiap hari.

2. Posisi yang ideal
Posisi yang paling selesa untuk ibu dan bayi, adalah letakkan bayi duduk di atas ribaan,dalam keadaan bayi membelakangi kita. Sokong dagu bayi dengan tapak tangan kiri, manakala jari telunjuk dan ibu jari menarik bibir bayi keluar. Gunakan tangan kanan untuk menggosok gigi bayi. Bagi bayi yang masih belum boleh duduk, letakkan bayi berbaring atas ribaan.

3. Material untuk menggosok gigi
Pada permulaan, Annur gunakan kain napkin bayi yang baru.(belum dikenakan sebagai lampin) Balut napkin lembap pada hujung jari, dan calitkan sedikit ubat gigi pada permukaan napkin dan mula lah menggosok dengan gerakan membulat.

4. Persediaan mental
Walaupun bayi belum pandai bercakap, namun mereka boleh memahami kata-kata orang dewasa, maka setiap kali hendak memulakan sesi menggosok gigi, bercakaplah dengan bayi anda. Minta kebenaran bayi untuk memeriksa dalam mulut mereka, beritahu apa yang hendak anda lakukan, untuk apa dan mengapa supaya mereka lebih bersedia dan rela. Begitulah adab yang diajar islam.

Anak Annur dilahirkan tak cukup bulan tapi sangat aktif dan kakinya gagah menendang. Tika dia perlu dicucuk usia sebulan, saya rasa bimbang disebabkan tubuhnya sangat kecil, kalau dia meromta-ronta bimbang jarum terkena tulang dsb.

Jadi saya tanya pendapat seorang ustaz melalui lamannya, beliau memesan agar sebelum pergi ke klinik, duduk berdua dalam bilik dengan bayi dan bercakap apa yang akan dia lalui pada hari tersebut. Minta kebenarannya, dan tenangkannya. Alhamdulillah sampai suntikan usia 18bulan sekarang, anak saya tak pernah sekali mengamuk dan meronta-ronta di klinik. Anak memberikan kerjasama yang baik.

5. Mengajar melalui contoh
Bila bayi dah berusia 6-8 bulan, bayi sudah boleh duduk sendiri di dalam besen mandian, atau berdiri dengan berpaut pada sesuatu. Jadi ibu boleh berikan sebatang berus gigi di tangan anak, sambil kita jadi model memberus gigi di depan mereka. Tunjukkan yang memberus gigi adalah perkara yang menyeronokkan. Anda juga boleh mendendangkan melodi lagu kesukaannya dengan menggunakan suara dalam, sambil bernari. 

6. Berikan sokongan moral dan galakkan
Berikan pujian dan tepukan setiap kali selesai menggosok gigi. Hadiahkan ciuman, pelukan dan senda gurauan sebagai ganjaran. Jangan sesekali memberikan ganjaran berupa makanan dan susu! Selain itu juga, berikan galakkan dalam bentuk video dan kartun. Contohnya aplikasi Talking Ginger. Aplikasi yang interaktif, muzik latar yang catchy dan karakter yang comel cepat menarik minat anak.

Jadi inilah cara saya melatih Naufal menggosok gigi, dan kesannya "melekat" jadi tabiat sampai sekarang. Anak saya dah berumur 22 bulan, setiap kali mandi mesti dia akan minta "Bu, jiji, jiji" sambil tunjuk berus gigi di dinding. Senang! Tak perlu ibu berperang tiap kali nak gosok gigi. (^_^)
mengajar anak susah gosok berus gigi
Walau apapun yang kita lakukan, sabar adalah kunci paling utama. Jangan sampai bayi rasa tertekan dan menganggap aktiviti menggosok gigi adalah satu bentuk toture yang menakutkan. Amalkan pendekatan psikologi dan berhemah. Jangan berkasar!

Entri berkaitan: Tips melatih si kecil menggunakan tandas | Potty Training

2 comments:

  1. alaaa comellnyeee
    ade jugak tgk berus gigi bayi..
    yang tu cmne lak nak gune ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same jugak ayu..sarungkan kat jari dan gosok pelan2..

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.