penawar sakit belakang-biobax

Tips menjayakan penyusuan puting tenggelam / inverted nipple

11:50 AM
MENYUSU SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI BAYI

Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang tenggelam (inverted), kecil atau rata (flat nipple). Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.

Payudara ibu diumpamakan seperti satu cawan berisi air, manakala puting susu adalah straw. Tanpa straw, kita masih boleh minum air di dalam tersebut. Maka yakinlah ibu, dengan cara yang betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu.

Ini kerana, susu dapat dikeluarkan dengan betul jika hisapan berlaku di tampuk hitam (areola). Ya, kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting tersebut mengandungi banyak duktus susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam payudara ibu.

BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN PERTAMA?

Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya menggeliat, menghisap jari dan merengek. Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi.

1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.

Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambar berikut:
masalah menyusu puting tenggelam

BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan".
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan.

APAKAH POSISI MENYUSU YANG SESUAI DAN SELESA UNTUK IBU?

Ada pelbagai posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu.
posisi breastfeeding position

Jika bayi ada masalah untuk menyusu kali pertama, ibu jangan putus asa.

Usahakan untuk lekapan setiap hari sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk berlatih. Practice makes perfect!!

Artikel berkaitan : Panduan Penyusuan bagi Puting TenggelamTips Menjayakan Penyusuan Bayi Pramatang, Tips Menyusukan Bayi Kembar

Jika perkongsian ini membantu, klik butang LIKE!

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. tips yang bagus annur...
    kalau ikott kate misi puting ok..
    mintak2 selamat menyusukan anak nnti

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.