Buat Sendiri Nursing Cover! Pasti Lebih Menarik Lagi Jimat!


Assalamualikum semua! ^_^

Tengok tajuk pun dah boleh agak kan hari ni kita nak main jahit jahit. Sebenarnya ramai ibu-ibu yang beranak kecil agak liat nak meninggalkan rumah sebab rasa renyah bila nak menyusukan anak di khalayak ramai. Jangan tipu la sebab aku pon berpikiran yang sama macam korang tau! Malas sangat nak travel apatahlagi bercuti.

Kepada yang tak kenal apa itu Nursing Cover, boleh tengok sini.  Ya, memang dah banyak dijual online, tapi harganya agak mahal, ada yang mencecah hingga RM 60. Padahal nak buatnye senang je, barang-barang yang diperlukan pun simple je. Kain cotton ni aku beli kat kedai kain Lim, RM 2.00 je semeter.

So apa kepentingan nursing cover ni? Ha, kita memang la nak memberikan yang terbaik untuk anak kita dengan menyusukan dengan susu badan, tapi itu takkan menghalalkan kita untuk mendedahkan aurat kita dan secara tak langsung menjatuhkan air muka suami. Agar tidak mengganggu keselesaan ibu dan anak sepanjang perjalanan, sediakanlah nursing cover dalam beg. Always.

Jom buat sendiri nursing cover kita ^_^
1. Sediakan bahan-bahan asas. Iaitu Boning (tetulang) 12"inci, Gegelang-D ¾ inci Kain cotton 1 meter.
2. Buangkan basi kain (bahagian putih), kemudian lipat kain kepada dua, potong keluar 3.5 inci kain untuk dijadikan tali. Simpan dulu bahagian kecil ni.
3. Pergi kepada lembaran kain besar, dan jahit sekeliling kain. (sisi dan bawah)
4. Untuk bahagian atas, korang mesti ukur dulu lebar tetulang korang. Dan lipat hujung kain lebih sikit dari saiz tetulang, sebab nanti korang nak masukkan tetulang ke dalam tu. (macam nak jahit getah pinggang)
5. Pastu jangan pulak korang kalim sampai habis sampai penghujung, sebab nanti cemana nak jolok masuk tetulang korang tu ke dalam kan..
6. Kembali ke kain yang dipotong pada langkah 2 tadi. Lipat dua, dan tekan dengan seterika supaya kemas dan lurus. pastu barulah boleh jahit temu kain tadi membentuk sekeping tali.
7. Bahagikan kepada 2 bahagian tali dengan ukuran 9 inci dan 19 inci masing-masing.
8. Bagi tali panjang, korang potong tirus dan jahit kemaskan. Kita jahit tirus sebab senang nak masukkan kat gegelang-D tu karang. Konsepnya macam nak pakai tali topi keledar.
9. Kemudian terbalikkan tali korang dalam keluar.
10. Masukkan 2 bentuk gelang-D sepanjang tali pendek dan jahit pada kepingan kain besar.
11. Pastu jangan lupa jolok masuk tetulang korang, ditengah-tengah antara dua tali.
12. Fungsi boning ni adalah supaya kain korang tak lah nanti terklepet menutup muka baby. Ha boleh lemas baby tau.
Mudah je kan? ^_^
TUTORIAL DIY NURSING COVER

MAMY SYU: Benda mudah macam ni rugi korang tak buat tau. Barang-barang baby ni, kalau dijahit sendiri, lain sikit nilai sentimental nya. Aku, bedung dan barut dan nursing cover Naufal aku jahit sendiri. Memang aku takkan jual preloved la, sebab nak taruh sampai anak aku pulak beranak..haaa..ekstrem tak angan-angan aku?

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. asalam ada kan join segmen etuza ..mana ya...

    BalasPadam
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. cara mudah buat nursing cover

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y