Kami di sini..buat kedua kalinya.

November 30, 2014
Yes here we are, again.
hospital gerik

Annur baru pulang dari buat pemeriksaan doktor. Kali ni doktor buat scan (ultrasound) untuk investigate apa yang Annur mengadu masa visit minggu lepas..

Sebenarnye dah 2 minggu aku menanggung sakit kencing dan tak boleh kawal kencing. Jadi dalam lawatan yang lepas doktor bagi ubat lawas kencing dan antibiotik, serta tahan sakit.

Masa tu jugak doktor ade cuba press kt bahagian perut dan ari-ari. Dari situ aku nampak reaksi muka doktor macam berubah sikit, macam wondering sesuatu. Aku rasa tak sedap hati jugak. Tiba-tiba doktor tanye, "You ade sakit tak bila bersama?"

"Period okay tak?" "Penah tak bleeding luar pada waktu period"?

Usai menjawab semua soalan tu, doktor pun tulis tarikh supaya datang semula untuk scan. Iaitu, harini.

Bila di scan, doktor telah detect sesuatu yang asing dalam rahim aku. Masa tu, rasa nak nangisss sangat-sangat.

Agaknye doktor perasan perubahan air muka aku, dia pun cakap "Eh xde pape lah..ni saya nampak ade lain sikit. Tapi sayta tak confirm lagi. Lagi 3 minggu saya tengok balik ye"

So, hari ni pun aku masih pulang dalam keadaan penuh persoalan. Masih tak tahu punca kenapa aku selalu rasa sakit bahagian peranakkan bila naik tangga, berjalan laju atau duduk lama dalam kereta..

Kadang kita org perempuan ni sangat hebat! Sebab apa, org perempuan ni kalo sakit, memang pandai tahan. Biar sakit seteruk mana, selagi boleh tahan, dia tahan..demi nak menunjukkan muka ceria dan hepi depan suami dan anak-anak.

Ehh..eh..jap. tapi aku lain. Kalau bab tabah tahan sakit tu, yes. Tapi bab mendapatkan rawatan, aku memang cepat. Tahap health awareness aku tinggi sangat. Rasa lain macam je, asben bawak g klinik..bwk gi spital..

Balik pada cerita tadi. Disebab kan org pepuan sangat tinggi daya tahan terhadap "rasa sakit" mungkin sebab itu jugalah ada sesetengah lelaki atau husband yang langsung lepas tangan soal kesihatan isteri, ibu atau anak perempuan dek kerana mereka "nampak" sihat. Walhal, tidak.

Sebab tu orang lelaki di luar sana, kena faham. org perempuan kalau dia mengadu sakit itu, sakit ini...tolong beri perhatian! Sebab kalau sakit tu tak teruk mana, memang org pempuan akan diamkan aje. Bukan sebab nak berahsia, tapi org perempuan bila sakit sikit2 tu, kita akan buat-buat tak tahu dan buat-buat gagah. Kerja macam biasa.

Last-last bila dah jatuh pengsan sekali, barulah nak kalut bawak gi hospital. (Contoohhh je..)

Annur: Point yg aku nak sampaikan kt sini adalah, man out there, please. Be more caring. If she didn't tell anything, you better ask!

P/s : Entri Annur ni general utk semua lelaki. Jangan plak korang fikir Annur nak sindir Abah, abang2 or even incik asben Annur ea. These man are simply awesome!

2 comments:

  1. Btl tu kak.. mkna bile dah ngadu sakit tu mmg dah xtahan la tu.. so mnx perhatian la.. sbb jgn lah tmbh sakitkan ati lak... hope akk xde pape yg serius ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sedap nye orang tu santai berblog sambil berpantang ^_^

      Ha..tula kann ayu...hanya org perempuan faham...

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.