Keputusan UPSR 2014 akan diumumkan minggu depan

bila keputusan upsr 2014 dah keluar


Annur dah dengar desas-desus yang mengatakan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengumumkan Keputusan Rasmi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 pada 26 November 2014 yakni pada hari Rabu minggu depan.

Semua pelajar lepasan UPSR boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan. Boleh jugak check keputusan guna SMS. Taip : UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888

Wah lambat betul result UPSR diumumkan ye? Arr yelah, kan haritu soalan UPSR bocor kan. Paper Matematik, Bahsa Inggeris dan Bahasa Tamil, kalau tak silap. Jadi budak darjah 6 terpaksa re-sit the paper pada 30 September dan 9 Oktober 2014.

Memang mencatat sejarah lah batch UPSR 2014 ni! Pertama kali result UPSR dimumum selewat ini taw sepanjang peperiksaan ni diperkenalkan. Papepun, semoga dapat keputusan yang cemerlang ye, terutama pada anak kak Lina..iaitu Angah Amirulllah Mokhtar

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y