[REVIEW] 4-Life Transfer Factor Anvanced Formula

November 14, 2012

4-Life Transfer factor Advance Formula

Assalamualaikum.
Kali ni Annur nak review tentang produk 4-Life Transfer factor Advanced Formula. Macam mana Annur tahu tentang produk ni? hihi.. Ntahlah. Tahu-tahu je, sampai bungkusan Poslaju, yang dihantar dari office 4-Life Sungai Petani? Eh? Laa..abah yang order rupanya.

Macam mana dengan harga?
Abah kata dia order dari ejen jualan melalui telefon. Dia dah daftarkan nama Annur sebagai ahli dan dapat beli dengan harga ahli iaitu pakej 4 botol RM 610. Sebotol ada 60 biji.

Dosage
Menurut ejen, produk ni bukannya apa-apa. Selamat dimakan wanita hamil. Kandungan nnya cuma kolostrum dari susu lembu dan juga ekstrak dari nukleus telur. Buat prmulaan aku disuruh makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setengah jam sebelum makan.

Annur sebelum mengandung lagi memang dah ada masalah kurang darah atau hemoglobin (Hb) rendah. Masa ujian saringan kesihatan untuk kahwin haritu pun macam-macam test diorang buat sebab takut-takut ada penyakit-penyakit berkaitan darah seperti Thalasemia, Leukemia dan dsb.

Tapi hasil ujian, Annur negatif, beerti Annur kurang darah atas faktor lain sepeti diet tak seimbang, atau mungkin masalah dalaman seperti penyerapan usus yang lemah. Annur kena buat check up dua minggu sekali, bukannya sebulan sekali macam orang lain, atas alasan "kehamilan berisiko". Kali terakhir ke klinik, Hb Annur berada pada bacaan 6.4 g/dL. Bacaan kali ni, agak-agak berapa ya? 

review 4life kurang darah ketika hamil

So daripada 6.4 g/dL, terus mencanak naik kepada 10.9 g/dL. Kagum tak? Selain itu Annur juga amalkan Iberet Folic, macam biasa, tengah-tengah malam time perut kosong. Pastu buah naga, buah jambu batu dan delima jadi snek minum petang pengganti kuih dan pisang goreng.

Secara peribadi, Annur suka dengan 4-life ni kecuali beberapa perkara
- Mudah sangat rosak. Walaupun simpan pada suhu bilik, tetap juga boleh rosak dan berubah warna 
- Terlampau sensitif terhadap kelembapan udara
- Kapsul nya tak ada coated. Annur selalu terlekat dan tercekik bila telan ubat ni.

Jadi, adakah produk ini bagus dan recommended?
Yes and yes bagi yang patuh dan berdisiplin makan ubat. Bagi yang culas, no, no, no! Buang duit jer okay?!

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.