[REVIEW] Hiruscar® Scar treatment gel

November 13, 2014

Sebelum apa-apa, Annur nak cerita sikit rentetan cerita macam mana Annur boleh kenal gel Hiruscar® ni.
rawatan parut hiruscar

Okay, this is my little precious Naufal. Perhatikan hidung yang bertampung tu closely..ohh. Itu kesan dari aksi lompatan ala-ala parkour yang dilakukannya Jumaat lepas, means 7 hari yang lalu lah kan. Gambar ni diambil pada hari ke-5 selepas kejadian, dimana aku dah sapu gel Hiruscar® selama 3 malam berturut-turut. 

Memang berkesan! Pada hari pertama aku cuma cuci luka dengan kapas dan air. Masuk hari kedua, luka yang fresh itu sudah pun diliputi keruping. Bila keruping tu terbentuk, Ya Allah! Dapat bayangkan tak betapa hodohnya rupa dan keadaannya?! Hitam, bergerutu dan sangat mencacatkan kehenseman anak aku..ohh.
hiruscar gel

Dari situ lah aku menemukan gel Hiruscar®. Masuk-masuk je farmasi, terus ke kaunter dan mintak krim parut. Pembantu farmasi tu pun mengambil 3 jenis gel yang berlainan jenama dan saiz dan diletakkan di atas meja. Aku spontan memilih Hiruscar® sebab murah di antara ketiga-tiga tu. Hahaha kedekut kan aku!? Taklah, bukan kedekut. Inilah pengguna bijak namanya. Harga cuma RM 16.80 untuk packaging 5 gram. Okay lah tu kan, kita pakai dekat target area saje bukan seluruh badan. Buat apa nak beli pack besar? kan.

Eh..macam dah terpanjang pulak entri review kali ni hihi. Bila datang idea menulis, rasa macam malas nak menaip, tapi bila dah start, panjang berjela pulak kesahnya kan (^_^) Okaylah, aku ringkaskan dalam bentuk point yer

- Berkesan. Pada Naufal dan juga aku. Mungkin korang akan kata, kulit budak-budak memang cepat proses pemulihan. Tapi, aku sendiri pun pakai kat parut eksiden aku, dah nampak cerah sikit. Itu belum pakai betul-betul lagi, aku cuma sapu sisa-sisa gel yang melekat di hujung cotton bud tu je setiap kali lepas sapu pada Naufal. Haa..bukti bergambar tak dapat la iolls nak tunjuk kat uolss. Aurat keyh...aurat.

- Wangi. Memang wangi. Ada seakan-akan bau produk dari rangkaian Bodyshop®. Tak ingat produk apa, tapi memang wangi. Bila buka je penutup, mesti terasa macam dejavu terhadap baunya.

- Tekstur tak berminyak. Memang lah tak berminyak sebab asalnya Hiruscar® ni adalah sejenis gel berasaskan air. Rasa macam tak apply apa-apa pun. Langsung tak melekit.

- Tiada warna. Totally clear. Kalau parut tu ada di muka, tak perlu bimbang kalau nak pakai bila-bila masa sebab tiada siapa akan tahu yang korang sebenarnya dah apply sesuatu pada muka tu.

- Info tambahan. Kulit yang lembap sangat membantu penyerapan. Jadi aku selalu sapukan gel pada Naufal, setiap kali selepas mandi, dan sebelum tidur malam. Malam? Kenapa malam? Sebab malam adalah tempoh yang paling optimum bagi badan revitalize sel yang dah rosak dan bina sel-sel badan yang baru.

- Recommended? Yes. Recommended indeed! Aku sarankan korang cuba produk ni dulu sebelum produk-produk parut yang lain. Okeyh?

Jumpa lagi.. Babai.
LIKE -->

8 comments:

  1. anak lelaki hero memang macam tu lah annur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kann...sekarang ni ade sorang lagi hero on the way nak mai ni hihi ^_^

      Delete
  2. Anonymous21:28

    Kalau bekas parut gigitan serangga ble hilang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh..sebab Annur guna untuk bekas jerawat yang kemerahan pun boleh hilang.. ^_^

      Delete
  3. Klau kt muke bole ke?

    ReplyDelete
  4. Klau kt muke bole ke?

    ReplyDelete
  5. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  6. Anonymous22:55

    Kalau parut hitam bleh ?

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.