Suplemen Herba Untuk Alahan Resdung NuvaLectranal™ by Lectranal®

ubat resedung resdung berkesan

Aku nak berkongsi dengan pembaca tentang satu produk resdung yang sangat best! NuvaLectranal™, yang di perbuat daripada ekstrak semulajadi akar Astragalus membranaceus yang diaktifkan.

Aku sejak kecil memang mempunyai alahan yang sangat teruk. Ada juga yang menyangkal dan kata, kalau resdung teruk, muka mesti bergerutu penuh jerawat. Tapi muka aku licin tak berjerawat, tak mungkin resdung aku teruk.

Ha, korang jangan cepat sangat menilai. Resdung itu istilah kita orang Melayu yang bermaksud "resah hidung" yang juga dikenali sebagai allergic rhinitis oleh masyarakat global. Resdung yang aku alami lebih sengsara dari jerawat tahu? 

Setiap pagi aku bersin sampai gegar satu rumah. Kadang bersin tu siap combo lagi, 4 kali berturut-turut sampai tergigit lidah! Ha. simptom ni berlarutan sampailah hari dah cerah..masuk je waktu tengahri baru reda sikit.

Makanan laut, jangan mimpilah nak makan. Kalau makan jugak belum sempat basuh pinggan, mata dah berair, panas dan gatal. Kalau lambat makan Piriton, memang mata tak boleh celik kau! Bengkak! Itu kalau makan. 

Kalau tak makan pun, sengsara jugak. Aku kalau siang buang kulit udang atau ketam mesti kena pakai glove. Poyo! Ha yer..poyolah sangat. Kalau tak pakai, tangan aku naik gatal dan bintik-bintik merah. Duk dalam setengah jam, jari aku dah jadi bulat-bulat, kontot-kontot macam sarung tangan getah yang dipam jadi belon.

Loratidine™, Cetirizine™, Piriton™..semua itu aku sudah lali. Loratidine™ memang consistent makan sebiji setiap pagi. Kalau tak, takleh nak buat kerja kau. Ubat-ubat ni semua hanya melegakan simptom resdung acute. Tapi yang aku cari, adalah rawatan untuk resdung kronik. Kalau boleh, nak bagi hilang terus resdung ni. Tak perlu bergantung dengan ubat-ubat anti-histamin lagi.

So macam mana aku kenal dengan NuvaLectranal™?
Aku selalu mendapatkan stok Loratidine dari farmasi i-Care , (off Jalan Tupai, Taiping) sebab dapat harga murah. Satu hari, pharmacist merangkap pengurus farmasi tu suggest ubat ni. Aku pun berminat nak cuba. 

Harga?
Sekotak RM 102, ada 60 biji kapsul. Okay, tahan sebulan. Sebab untuk bulan pertama kena makan 2 kali sehari. Sebiji pagi, dan petang. Bulan depan beli sekotak, boleh tahan 2 bulan.

Pada aku, ianya berkesan, sebab
- Aku dapat kesannya seawal 5 hari..Aku tidur nyenyak malam-malam sebab hidung dah tak tersumbat macam selalu.
- Akhir bulan lepas, aku di suspect denggi. Mak aku buat sup ketam. Aku steady je makan. Ohh..heaven sangat! Setelah sekian lama tak makan ketam!
- Sekarang dah masuk bulan ke-4, stok ubat dua bulan lepas dah habis dan aku tak beli pun yang baru. Setakat ni, maintain lagi walaupun tak makan ubat.

Produk ni kata dia akan mengawal dan seimbangkan semula fungsi imun badan yang mana sebelum ni terlalu aktif mengeluarkan bahan kimia pencetus reaksi alahan.

Jadi pada akulah kan, perubahan yang aku alami memang kena sangat dengan apa yang ubat ni janjikan. Aku dah berhenti makan pun, aku masih lagi dapat manfaatnya.

Jadi, setakat ni aku rasa tak salah kalau aku kata produk ini adalah amat-amat di sarankan. Mahal, tapi berbaloi.

Nota: Aku berhenti ambil produk ni sebab tengah merancang untuk hamil semula (^_^)

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Pn skrg dah tk makan ubat tu ka.sinus pn dh sembuh srpenunya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dah stop makan, dan alhamdulillah sinus masih terkawal..
      sebab nuvalectranal ni lebih kepada "repair", bukan "ubat"..
      Jadi mungkin badan dah bagi reaksi positif ^_^
      Semuanya dari Allah..

      Padam
  2. Wow, nampaknya betul berbaloi!
    Saya rasa kena try sekali. Sebab badan saya alergy gatal! Dua hari terpaksa makan ubat .
    Sensara betul!
    Terima kasih krena share info ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, kita ikhtiar Tuan..usaha sebaik mungkin ^_^
      Penyembuhnya..Tuhan yang satu jua

      Padam
  3. Nak dpt kat farmasi mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tuan..
      Boleh dapatkan di mana-mana farmasi berdekatan..tapi jika Tuan tinggal sekitar Taiping, Perak, boleh dapatkan di FARMASI I-CARE di Jalan Tupai.
      moga membntu ^_^

      Padam
  4. Tanpa Nama12:49

    utk eczema bole ke?

    BalasPadam
  5. saya baru nak try supplement nie.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y