Video viral | Pelajar asrama lelaki dibelasah

November 04, 2014
Assalamualaikum,

Malam ni Annur ada masa nak online. Buka-buka je facebook terus terpapang muka depan feeds dengan video ni. Video ni rupanya dah viral dalam facebook, cuma Annur je baru dapat capai.



Ya Allah, naik ketar tangan aku tengok, budak-budak yang di pukul tu langsung tak melawan atau pertahankan diri. Bukan ketar takut, tapi geram! Huumm..tapi mungkin kalau diorang melawan atau berbunyi, lebih dahsyat lagi kena belasah! haihz..

Ada siapa-siapa tahu detail tentang kejadian buli ni tak? Sekolah apa ye? Atau dah ada ke sebarang tindakan yang diambil? Aku ada anak lelaki, jadi sedikit sebanyak naik rasa bimbang dalam hati ni..hadoi.

Ibu bapa diluar sana, please, kalau hantar anak bersekolah asrama, tolong tanya anak-anak "Ada masalah tak di sekolah?" atau cuba ajukan soalan-soalan serkap jarang. Wujudkan komunikasi berkesan antara anak-anak. Jangan bagi ada barrier antara kita dan anak. Biarkan anak rasa bebas dan selamat untuk menceritakan segala sesuatu yang berlaku di luar. 

Bukan apa, zaman aku dulu pun ada kes buli-buli ni. Budaya buli-membuli ni umpama sebuah roundabout yang tidak akan berhenti kitarannya, melainkan ada yang menghalangnya dari berulang. Pelajar-pelajar yang kena pukul pada tahun pertama sekolah menengah, akan memukul pula adik-adik junior yang lain apabila melangkah ke tahun dua, tiga dan seterusnya. Ini akan berulang berulang dan terus berulang tanpa henti. 

Apa yang penting, setiap lapisan masyarakat perlu mainkan peranan masing-masing bagi membanteras jenayah juvana buli ni. Tapi, melihatkan komen-komen pada video tersebut, betapa remuknya hati aku bila ada yang komen "Biasalah tu, hostel memang macam ni" .. Ohh..

Annur: Jika kamu tiada kuasa mengubah sesuatu dengan tangan mu, ubahlah melalui lisan mu.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.