Kenali apa itu plasenta previa dan gejalanya

Kenali apa itu plasenta previa dan gejalanya | Plasenta previa (placenta praevia) adalah kejadian apabila uri terletak rendah dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pintu rahim.  Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika uri menutupi pintu rahim secara menyeluruh.





placenta previa plasenta previa



Apa itu placenta praevia?


Pendarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. \
Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk.Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. 

Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat
—I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 
—II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 
—III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean; 
—IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean. 

Imbasan ultrasound awal
Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. 

Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga. 

Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?
Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.  

Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?
—Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama.
—Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok.
—Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara

Bagaimana untuk menangani plasenta previa?
Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat.

Apakah yang harus saya lakukan?
Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Dulu Zarith pon placenta privia masa preggykan Zuyyin. Asyik bermalam di ward je. Alhamdulillah Zuyyin kuar dengan selamat =)

    BalasPadam
  2. Biar betul Zarith..? @,@
    Alhamdulillah semuanya selamat

    BalasPadam
  3. takut gakkan kalo uri kat bawah ni..alhamdulillah ketiga2 anak ti semuanya tak de masalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ti..
      Annur pun harap-harap dijauhkan la..takut nak kena szer lagi sekali :(

      Padam
  4. Tanpa Nama17:28

    eee takutnyela hai
    sy preggy 5 bulan tapi masih ada period..placenta preaevia ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk..alamak.. tak check kat klinik ibu anak ke

      Padam
  5. Alhamdulillah, akak peknen takdak masalah

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y