Salahlaku Seller yang Terlampau Mengejar Keuntungan



Salam Selasa.


Seperti biasa Syu nak dedahkan lagi salahlaku pengguna dan penjual produk supplement yang mendakwa produk mereka mujarab untuk itu dan ini. Dan bukti keberkesanan nya hanyalah berdasarkan self-testimonial, dimana dalam sains, testimonial tidak boleh diterima sebagai evidence kerana dianggap tidak reliable.


Seller di bawah nekad membuat pengakuan berani mati mengenai produk ini:

i) Ibu mengandung digalakkan mengambil produk ini agar tempias khasiat pemutihan bakal di kongsikan kepada baby.
ii) Ibu yang menyusu juga digalakkan, agar anak yang disusui dapat khasiat pemutihan daripada produk ini.
iii) Tindakan lagi berani! Bertindak mencampurkna ke dalam susu bayi!!. *Melampau!*


Haa..Syu nak marah la ni..!! Suka-suka hati je nak buat anak tu macam tikus makmal, rilek je buat eksperimen terhadap produk itu ini ke atas anak. *fuhh hilang sabor aku*

supplement pemutih satin skinz

Produk ni langsung takde ujian klinikal (ujian ke atas haiwan/manusia) yang terperinci tentang kesan terhadap bayi dan kanak-kanak. Namun mereka berani mendakwa selamat untuk diambil ketika hamil dan menyusukan anak serta boleh diberi minum pada bayi.!! I am shock! -_-|||

Nasihat pengamal perubatan :
"Seboleh-bolehnya ketika pregnant dan breastfeeding, elakkan pengambilan sebarang jenis ubat atau produk supplement tanpa nasihat doktor

Kerana makanan tambahan yang korang ambil tu korang sendiri tak tahu apa kandungannya dengan tepat. 

Penjual tu sendri pun tak tahu kandungan nya dengan tepat! Hati dan ginjal bayi masih sangat fragile, hanya memerlukan 0.01% bahan pencemar (contohnya seperti merkuri) untuk merosakkannya.

Mungkin perumpamaan aku bagi tu agak melampau, siapa pulak nak letak merkuri dalam supplement kan? Tapi kalo korang nak tahu, kandungan merkuri boleh ditemui dalam ikan. Dan kebanyakan supplement yang konon ada kolagen, memperolehi kolagen dari ikan.? Terkejut?

Baru tahu?? Haa,,,lu pikir la sendiri~

Ha satgi mesti ada yang kata, "Produk ni ada kelulusan KKM lah, Syu ni saje je nak provok bisnes orang kan!" "Aku dah lama makan, sampai aku dah beranak pun, ok je, sihat je anak aku"

Tak kena takpe la hoii.dalam 10 pengguna, mesti ada 1 yang tak bernasib baik. Jangan samakan tubuh korang dengan orang lain. Tahap toleransi badan seseorang tu berbeza-beza. Bila dah terkena, baru la nak mengadu pada pihak berkuasa.

Sebelum kena bash, aku nak buat penafian siap-siap. Aku tak jual apa-apa produk kecantikan, supplement dan seangkatan dengannya. Statement aku adalah neutral. Hanya nak memberi penerangan kepada benda yang tak betul. 

Dan aku tak kecam produk yang tersebut itu, sebaliknya aku mengecam tindakan ejen dan seller terbabit yang berani-beraninya memanipulasi cara penggunaan produk tersebut dan mengesyorkannya untuk diberikan kepada bayi!

Jadilah pengguna bijak! Tanya ahli farmasi atau doktor! Bukannya percaya bulat-bulat "gebang" si penjual yang nak melariskan produk jualannya.

Sekian, terima kasih kerana membaca. Kbye! Marah ni!






                                          

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tanpa Nama17:38

    betul tu heran skung ni mmg ramai yg tertipu dgn testimonial mengarut penjual on9

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahla mungkin terdesak nak cantik sangat kot..takut suami cari lain huhu~

      Padam
  2. Masa akak peknen memang tak berani nak ambil apa-apa supplement, demam pun takut nak telan panadol. Takut ada effect kat baby

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulakan..yang kita pentingkan, anak dalam perut..bukan sibuk nak cantikkan diri sendiri

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y