penawar sakit belakang-biobax

Macam mana caranya aku atasi alahan kehamilan yang teruk

10:26 AM
Assalamualaikum.. Dah sebulan blog ni tak berupdate. Kali terakhir aku update, entri segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH. Hutang kunjungan-kunjungan bloggers lain bertimbun-timbun..masih lagi belum terbalas.. Tapi jangan bimbang, aku akan terjah satu persatu blog korang pelan-pelan tau.

Seperti yang korang dah sedia maklum, (yang belum termaklum, ha ni aku nak maklumkan), Annur sekarang masih dalam fasa awal kehamilan. Macam kandungan yang lepas jugak, aku mengalami alahan yang sangat teruk. -_-|| Malah hamil kali kedua ni, alahan aku lebih teruk dari yang first dulu..


Hilang 3kg dalam sebulan
Masa first booking di klinik, sebulan lepas, aku dah pun kehilangan 3 kg berat badan. Nasib baik baru buat buku, kalo tak, mungkin kena admit ke wad. Aku diberikan tarikh temujanji dua minggu berikutnya, untuk ke Klinik Ibu dan Anak bagi tujuan scan dan berjumpa doktor. Timbang lagi sekali, aku hilang 1.1 kg untuk tempoh 2 minggu.

Nyaris dimasukkan ke wad
Doktor cadangkan aku dimasukkan ke wad sebab nampak tanda-tanda aku dehydrated, tapi aku berkeras menolak. Aku cuba yakinkan doktor yang aku sebenarnya boleh makan, dan takde masalah selera..cuma lepas makan, aku akan muntah. Dan aku janji dengan doktor akan minum air bebanyak. huhuhu alhamdulillah, doktor batalkan niatnya untuk admit aku ke wad.

Aku menolak bukan sebab keras kepala atau apa. Tapi aku tau, masuk wad sebenarnya tak akan dapat membantu masalah aku. Paling-paling pun aku akan diberikan IV drip bagi menggantikan air yang hilang. Makanan?! Urrghh..jangan cakap la..makanan hospital..siapa yang sihat pun tak berselera nak jamah.

Toasted bread + Dorina sebagai alternatif carbo
Tekak aku sekarang ni tak boleh terima nasi, lauk-lauk yang berminyak, bergoreng dan pedas. Sebagai ganti karbohidrat, aku makan roti bakar garing-garing, disapu marjerin Dorina dan sekaya. Marjerin plak mesti Dorina, sebab kalo bagi marjerin jenama-jenama lain, tekak takleh terima. Dorina lain sikit, rasanya masin-masin, dan rasa lemak nya kurang.

Makan sikit, tapi kerap
Aku atasi masalah alahan aku dengan makan sikit-sikit, tapi kerap..dalam 1-2jam sekali. Tentang zat, buat masa ni aku bergantung pada multivitamin dan supplement. Aku tau diet aku sekarang ni tak membekalkan cukup nutrien untuk aku dan baby. 

Susu Frisomum gold sebagai "penampung" perut yang lapar
Selain tu aku minum susu dengan agresif, lebih kurang 4-5 kali sehari. Sebab susu yang aku minum ni sedaapppp sangat, ^_^ dan dapat legakan rasa loya dan pedih ulu ati. Bila rasa macam mual-mual dan refluks je (asid naik ke salur esofagus), aku cepat-cepat bancuh susu ni dan minum. 

susu friso mum gold sedap
Susu rumusan kehamilan FrisoMum Gold ~ Yummeh!

Dan kat bawah ni semua stok-wajib-ada kat rumah, sebab mengandung kali ni, mak buyong ni memang suka makan makanan yang manis-manis-lemak. ^_^

biskut danish cookies
Kukis mentega Danish syle ~ Danisa
Rasa ori macam masa kecik-kecik dulu

juliest butter crackers
Biskut cream crackers mentega ~ Julies
Serius sedap! Lemak masin gittew.

nestle honey gold corn flakes
Cornflakes Madu ~ Nestle
Nipis dan garing molek! Manis masin gittew


Annur: Psstt... Orang kata kalau suka makan manis-manis, kemungkinan yang dalam kandungan ni anak perempuan. ^_^ Yeke? Entahlah, tapi aktifnya dalam perut ni macam boboi jugak je haha.

Babai korang!
#TeringinAnakPerempuan

5 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. yeaayyy...!! give me 5....

    kita pun suka Dorina berbanding Planta.... lalalalalalaaa... ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Annur... ini adalah bahagian masing2... ada ibu yg sihat betul masa awal mengandung... ada ibu yg alahan teruk macam Annur... ada sorang teman saya yg tak boleh baru yg bukan2 termasuk sabun pencuci... muntah nya tu mengalahkan mencium bau bangkai... mudah2an Annur akan lebih sihat lepas nih dan alahan ni tak berlaku lagi di masa akan datang...

    ReplyDelete
  3. waaahhhh!!tahniah annur. semoga semuanya selamat k. jaga kesihatan baik-baik. jaga pemakanan as well =)

    ReplyDelete
  4. Anonymous22:42

    ada lagi ke dijual dorina sekrg ni ye

    ReplyDelete
  5. jaga dirii elok-elok yea akakkk =)

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.