Fenomena gajet sebagai babysitter. Tolong elakkan.

January 25, 2015
umpan-gajet-terhadap-anak

Alhamdulillah.. 21 Januari baruni, Naufal dah pun genap usia 2 tahun. Melihatkan sejarah kelahiran Naufal yang lahir pada usia kandungan 7 bulan, aku rasa bersyukur sangat dengan perkembangan cognitif Naufal yang outstanding. Tak seperti yang digembar-gemburkan doktor bahawa anak pramatang ni akan lembap dalam serba-serbi. Alhamdulillah.

Kalo ikut apa dikata oleh pakar kanak-kanak, apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. Naufal? Ohh,..tak payah bilang! Memang bila bercakapnya tu, macam bertih beras!

Pelat tu biasalah, tak sampai tahap merapu macam bahasa Jerman..ibu ngan ayah ni masih boleh faham apa yang dikata.  Biasanya bunyi huruf 's' menjadi 'c' contohnya naci (nasi), huruf 'r' jadi 'y' contohnya layi (lari). Yang lain, alhamdulillah semua dah dikuasai Naufal. Dan ada jugak sesetengah perkataan yang dia berjaya gabungkan dua macam, 'makan nasi' , 'jom jalan' ,  'dah siap' ,'tunggu jap' , 'abang punye' , 'nak tu' dan 'nak ni'..

Aku sebenarnya memang tak pernah ajar anak aku main gajet sejak bayi lagi. Sebab dah banyak baca tentang kesan buruk mendedahkan gajet pada budak kecil. Kalo makan kat kedai, Naufal memang takkan duduk diam, keje nak berlari je. Tapi aku tak pernah umpan dengan tablet or telefon supaya dia duduk diam. Aku biarkan je dia "memerintah" kedai tu. Selagi dia tak kacau orang atau merosakkan barang-barang sekeliling, biar! Bila order dah sampai, aku panggil dia duduk, dan suap makan. Dia pun akur je..datang, duduk..sebab dah puas berlari dan meneroka satu kedai tadi.

Aku saje taknak ajar dia biasa dengan gajet. Biar! Biar dia tak reti main tablet, macam budak lain. Sekarang memang ramai je budak bijak bermain game dan apps dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun. Juga fasih ABC sampai Z, 123 sampai 10, tapi malangnya mereka kurang menguasai perkataan-perkataan yang bermakna dan berguna dalam interaksi secara verbal.

Contohnya, anak akan kurang menguasai perkataan fungsian ( sedap, nak, tu, habis, siap ), panggilan insan terdekat ( abang, atok , acu, cik ngah ), perkataan harian ( mandi, minum, sakit, buat, makan, tutup, simpan ), perkataan yang menunjukkan ekspresi ( yay! , pandai *sambil tepuk tangan* ) Selain tu juga, pakar kanak-kanak mengatakan bahawa anak akan lemah dalam menjawab soalan dan arahan serta tidak pandai meminta informasi dan memberikan kenyataan.

Inilah yang kita takut sebenarnya. Tapi.. Mak bapak sekarang ni mudah! Gajet tu seolah-olah macam jadi babysitter dah. Baby kita tu, kan jadi baby cuma sekali je. Dia membesar pon sekali tu je lah. Dan je dia jadi besar, remaja dewasa? Ha dah tak boleh rewind masa dia kecik balik dah. Zalimnya kita mak bapak ni kan?. Padahal kita yang bawa anak-anak "datang" ke dunia ni, akhirnya bila mereka dah ada di sini, kita cop diorang "merimaskan", "mengganggu", "serabut" dan sebagainya pulak kan? Adil ke bagi diorang? 

Huummmm..kita ni dah lah seharian selama lapan jam kita berkerja, rindunya anak-anak kat kita. Kita pula? Bila tiba di rumah, berangan-angan nak berehat sepuas-puasnya laksana raja-raja di kayangan. Takmau diganggu! Kemudian kita petik suis aircond, ambil minuman dari peti sejuk dan bersantai diatas sofa sambil meneguk minuman dengan tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Anak-anak kecil yang baru dijemput dari taska tu tadi, di umpan dengan permainan video melalui tablet supaya dia tak merengek dan tak ganggu kita. Senangnya kerja mak bapa nowadays kan. Kerja cari duit je, ye tak? 

Pastu. Kalau bab makan minum pulak, kita senang-senang je sumbat "makanan cepat" kat anak kita. Kononnya urban style lah sangat, makan fastfood kann! Sebenarnya ini semua kerja mak bapak pemalas!! *maaf lah tapi ini hakikat* 

Yela, malas la namanya tu! Malas nak masak dan sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak. Takde langsung perasaan kesian. Sekali sekala tu, tak la menjadi kesalahan. Ini setiap kali anak mintak, terus bagi. Kalau kita tak ajar dia makan benda cenggitu, dia pon tak pandai nak makan makanan jenis tu kan?!.

Taktaulah kenapa aku emo sangat dengan fenomena umpan gajet kat anak kecik ni. Alergik gila! Nampak kecik besar kecik besar je makbapak nyer aku tengok. Nak je aku pergi datang dekat, pastu sumbat tablet tu ke mulut mak bapak nye. Grrrr!

Tapi orang macam ni kalau ditegur, kita dah dapat agak jawapan nye, ye dak? Heyy ni anak aku, suka hati aku lah. Apa kau nak kecoh? Renung-renungkanlah. Jangan sampai sebab kita ni jenis mak bapak yang pemalas, masa depan dan kesihatan anak-anak kita rosak.


Sebagai penutup, aku nak kongsi tips untuk melatih daya tumpuan anak yang hyper lasak..macam Naufal ^_^

Bagi anak-anak hiper lasak, suka berlari ke sana sini dan memanjat, latih daya tumpuan anak dengan:

a. Latih anak menerusi permainan imaginasi. Contohnya bermain masak-masak dan lihat sama ada dia boleh mengikuti setiap aktiviti permainan itu (tuang air dalam cawan, ambil sudu dan kacau, potong sayur, basuh pinggan). Dalam permainan robot misalnya perhatikan apakah anak boleh menggunakan robot dan menggayakan seperti hendak terbang, tembak dan melompat. Dengan cara melihat anak bermain, ibu bapa boleh menentukan sama ada anak dapat memberi tumpuan atau tidak.

b. Latih daya tumpuan dengan membacakan buku cerita bergambar. Ceritakan mengenai gambar itu. Perhatikan adakah anak berminat untuk mendengar cerita anda dan menunjuk kepada gambar berkaitan atau dia sekadar ingin menyelak kertas dan mengoyakkannya saja.

c. Menyanyi dan mengikut gerak tangan kaki bersama. Duduk di hadapan anak, nyanyi lagu 'bangun pagi, gosok gigi'. Latih anak tiru gaya itu. Menari ketika iklan tidak termasuk dalam latihan daya tumpuan. Ini kerana komunikasi membabitkan pandangan komunikasi antara manusia, mendengar, meniru dan mengulang bersama.



4 comments:

  1. SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
  2. Salam... sebelum wujud gajet2 tu semua mak bapak sering mengumpan anak2 dengan siaran katun di TV... asal saja nak anak diam tanak kacau mak bapak kat rumah terus bukak katun... anak2 pun dah jadi kepala katun... sebelum TV menjadi lumrah.. mak bapak akan biarkan anak2 keluar rumah berkawan dengan budak2 sebelah rumah.. kesannya silaturrahim berkembang dari kecik sampai ke besar...

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pendapat sis. Even PG belum memiliki anak, tapi memang da plan, no gajet!

    hi sis :)
    jemput join iPhone 5S GA sama ya :)

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang .. macam2 semua cepat. Makanan cepat, teknologi cepat .. tapi semua tu leh buat anak2 jadi lembab kalau tak ditanggani dengan betul dan berkesan.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.