Trend Baju Raya 2015 - Jubah Terkini

Bila tiba Hari Raya  pastinya segala macam jenis persiapan akan mula dilakukan oleh kita semua. Malah pada waktu inilah kita dapat lihat begitu banyak perhiasan diletakkan di sudut-sudut pameran di shopping malls, jalan-jalan raya dihiasi lampu-lampu menarik menerangi jalan dan pastinya tidak dilupakan juga pelbagai jenis tawaran sale atau promosi hebat dijalankan dengan harga-harga diskaun yang pastinya menarik perhatian para pembeli.

Bayangkanlah untuk beraya pada Hari Raya yang pertama tanpa adanya sepasang baju raya baru. Pasti sambutan lebaran anda tidak akan bermakna tanpanya. Saban tahun ketika tiba musim perayaan kita akan dapat lihat banyak koleksi baju raya wanita akan dipasarkan. Bermacam jenis trend sudah kita lihat dan contohnya style baju kurung peplum moden untuk koleksi baju raya 2013 dan stail baju kurung lace untuk musim baju raya 2014. Bagaimana pula dengan tahun ini? Apakah stail baju raya terkini 2015 yang menjadi pilihan ramai?



Untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 kita dapat lihat trend baju raya jubah terkini begitu popular. Jubah moden kini bukan sekadar popular dalam kalangan wanita yang lebih berusia malah menjadi pilihan buat mereka yang masih muda. Apakah yang menjadi faktor kepada populariti yang diraih oleh pakaian tradisional ini? Jawapannya mungkin adalah kerana kesemua Muslimah wear tersebut telah diberikan sentuhan moden yang lebih segar. Ini membuatkannya tampil lebih stylish dan sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja.

Menggayakan jubah dress moden ini adalah sangat mudah kerana anda tidak perlu fikir untuk memadankan Muslimah tops bersama bottoms yang sesuai sebaliknya sekadar sarungkan sahaja dan pakai tudung atau shawl untuk penampilan Muslimah yang ringkas. Bagi nampak lebih stylish jangan lupa untuk bawa beg tangan wanita atau clutch bersama. Mudah sahaja bukan?




No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.